NAMA: SUHAILA BINTI ABANG SUFIAN

ALAMAT: KAMPUNG HILIR MALUDAM

UMUR: 26 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI: 2017

 

LATAR BELAKANG

Seorang belia yang aktif menjalankan perniagaan atas talian dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Seperti belia yang lain, sosial media menjadi tumpuan utama tanpa mengetahui kelebihan kemahiran komputer.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Mula berdaftar sebagai ahli PI ketika program Hari Terbuka Dashboard Komuniti dianjurkan oleh pihak PI dan mula menunjukkan minat mempelajari kemahiran komputer. 

 

APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET

1.Latihan asas komputer

2.Latihan Asas interntet

3.Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)

4.INTEL

5.Latihan Keusahawanan

6.E-dagang

7.E-Kerajaan

8.Adobe Photoshop

 

BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Dengan adanya latihan yang dijalankan seperti Asas Komputer, INTEL dan Latihan Keusahawanan ianya banyak membantu dari segi strategi promosi, rekod perniagaan dan menjadi lebih bersemangat dalam meneruskan bidang perniagaan atas talian.

 

I.Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan Yang Dihadiri

 

Menghadiri latihan keusahawanan di Pusat Internet Hilir Maludam

 

II.Hasil Transformasi/Produk

Dilantik sebagai Squad Pusat Internet kerana aktif mengikut setiap aktiviti Pusat Internet

 

III.Promosi Media Sosial

Promosi dan jualan langsung dari atas talian melalui Facebook

NAMA: KALSOM BINTI KIFRAWI

ALAMAT: KAMPUNG HILIR MALUDAM

UMUR: 36 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI: 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Kalsom erupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan menjadikan perniagaan sebagai aktiviti mengisi masa lapang disamping menjadikan laman sosial media sebagai medium promosi berterusan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sepertimana surirumah yang lain, banyak menghabiskan masa dirumah dengan perniagaan secara terus. Jarang terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan dan tidak berminat dalam ICT.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Mula berminat untuk mempelajari ICT dan sangat aktif mengikuti setiap aktiviti dan program yang dijalankan.

 

APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET 

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Adobe Photoshop

 

BAGAIMANA PUSAT INTERNET DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Ilmu ICT tidak hanya menjurus dalam penggunaan internet sahaja bahkan juga kemahiran secara offline seperti kemahiran Microsoft Offices, Adobe dan lain-lain. Kemahiran tersebut sedikit sebanyak menyumbang kepada promosi yang lebih berkesan dan rekod perniagaan yang lebih kemas dan teliti. Ianya juga menjadikan Puan Kalsom menjadi lebih kreatif dan mampu berfikir secara diluar kotak.

 

I.Bengkel Latihan ICT/Keusahawanan Yand Dihadiri

Walaupun sibuk, Puan Kalsom sering menghadiri latihan yang diadakan

 

II.Hasil Transformasi/Produk

Memenangi Pertandingan Menaip Pantas dan berjaya Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniti

 

III.Promosi Media Sosial

Promosi berterusan melalui laman media sosial, Facebook

 

 

NAMA: ENANG SARI BIN ISMAIL

ALAMAT: KAMPUNG TENGAH MALUDAM

UMUR: 18 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI: 2014

 

LATAR BELAKANG

Enang Sari bin Ismail merupakan belia lepasan SPM dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama bagi meneruskan perniagaan yang telah dijalankan oleh ibunya.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Seperti remaja yang lain, beliau tertumpu kepada media sosial sepenuhnya dan tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer serta pengetahuan ICT.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Bermula dengan membuat kerja kursus bersama rakan-rakan di Pusat Internet dan setelah menyedari kemahiran ICT itu penting, Enang Sari dan rakan-rakannya menghadiri kelas latihan ICT seperti yang disarankan oleh petugas Pusat Internet. Pada mulanya tahap penguasaan pengetahuan ICT Enang Sari sangat lemah dan setelah menghadiri beberapa kelas dan latihan, beliau mula menunjukkan minat dan mula menguasai pengetahuan ICT serta mahir dalam menggunakan komputer.

APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET

1. Latihan Asas Komputer

2. Latihan Asas Internet

3. Microsoft Offices (Word/Excel/PowerPoint)

4. INTEL

5. Latihan Keusahawanan

6. E-Dagang

7. E-Kerajaan

8. Adobe Photoshop

BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Dengan adanya latihan yang dijalankan seperti Asas Komputer, INTEL dan Latihan Keusahawanan yang kerap dijalankan di Pusat Internet, ianya banyak membantu Enang Sari dan komuniti yang lainnya dalam menjayakan lagi perniagaan mereka. Di samping itu, Enang Sari juga semakin kreatif dalam mempromosikan jualannya di media sosial dan meraih banyak ilmu usahawan melalui module-module yang dibimbing oleh petugas.

 

i) Bengkel Latihan/ Keusahawanan yang dihadiri

Menyiapkan tugasan yang diberikan petugas Pusat Internet

 

ii) Produk/ Hasil Transformasi

Membuat Surat Kiriman Rasmi dalam Microsoft Word

 

iii) Promosi di Media Sosial

Promosi jualan di laman facebook Enang Sari

iv) Lain-lain/ Penglibatan dalam aktiviti Pusat Internet

Aktif mengikuti program yang dianjurkan Pusat Internet

 

NAMA: MOHD ZULFAQAR BIN NORAINI

ALAMAT: KAMPUNG BELAKANG PASAR MALUDAM

UMUR: 10 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI: 2016

 

 

LATAR BELAKANG

Adik Zulfaqar merupakan seorang pelajar Tahun 4 di SJK Chung Hua Maludam dan sangat petah berbicara dalam bahasa Mandarin. Adik Zulfaqar ini seorang yang aktif dan rajin serta disenangi oleh orang sekelilingnya.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Adik Zulfaqar telah didaftarkan oleh datuknya untuk menjadi ahli Pusat Internet Kampung Hilir Maludam setelah berminat mendengar latihan ICT yang diadakan secara percuma.Pada mulanya adik Zulfaqar ini sangat pasif dan tidak menunjukkan minat semasa sesi latihan. Dengan adanya latihan dan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kampung Hilir Maludam, Zulfaqar mula menunjukkan minatnya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Adik Zulfaqar sangat aktif dan mudah memahami setiap apa yang dipelajarinya. Dia juga sering menjadi rujukan oleh rakan-rakannya semasa sesi latihan pembelajaran ICT. Setiap latihan dan pertandingan yang diadakan, Zulfaqar sering mendapat tempat dalam pertandingan mahupun latihan berpandu yang diadakan.

APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET

1.Asas Komputer /Komponen & Sistem Operasi

2.Asas Microsoft Word

3.Membuat Surat Kiriman Rasmi / Tidak Rasmi

4.Membuat Kad Ucapan

5.Membuat Jadual

6.Asas Microsoft Excel

7.Asas Microsft Power Point

8.Asas Microsoft Publisher

9.E-Kerajaan

10.Asas Internet

BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT/ PERKEMBANGAN PERNIAGAAN

Melalui sesi latihan dan aktiviti selepas latihan yang diadakan.

 

I.Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan Yang Dihadiri

Sesi latihan ICT yanng disertai oleh adik Zulfaqar

 

II.Hasil Transformasi/Produk

Sering mendapat tempat dalam pertandingan yang diadakan di Pusat Internet Kampung Hilir Maludam

 

III.Lain-lain (Penglibatan Dalam Aktiviti)

Aktif mengikuti setiap aktivti anjuran Pusat Internet Kampung Hilir Maludam

 

NAMA: SITI NOORHANIFAH BINTI ABU

ALAMAT: KAMPUNG HILIR MALUDAM

UMUR: 29 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI: 2015

 

LATAR BELAKANG

Puan Siti Noorhanifah Binti Abu merupakan suri rumah sepenuh masa yang menjadikan perniagaan atas talian sebagai mengisi masa lapang dan sekaligus menjana pendapatan sendiri.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum penglibatan Pusat Internet, beliau lebih fokus kepada media sosial dan kurang gemar untuk menhadiri aktiviti atau program di luar.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Selepas penglibatan Pusat Internet, beliau lebih bersifat terbuka dan mula aktif mengikuti aktiviti dan program terutama anjuran Pusat Internet Kampung Hilir Maludam. Beliau pada mulanya menghadiri latihan yang dijalankan dan kemudiannya beliau sudah mahir menggunakkan komputer dan lebih kreatif dalam mempromosikan produk jualan beliau di media sosial.

APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET

1. Latihan Asas Komputer

2. Latihan Asas Internet

3. Microsoft Office (Word/Excel/PowerPoint)

4. Latihan Keusahawanan

5. E-Dagang

6. E-Kerajaan

7. Adobe Photoshop

BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Ilmu ICT tidak hanya meliputi sejauh mana kita celik dalam penggunaan internet bahkan juga kemahiran secara offline seperti Microsoft Offices, Adobe dan lain-lain juga turut dianggap pemting. Kemahiran seperti inilah yang membantu dan sedikit sebanyak menyumbang kepada Puan Siti Noorhanifah untuk memperkembangkan lagi perniagaan atas talian beliau.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan Yang Dihadiri

Perbincangan dalam kumpulan semasa menyiapkan tugasan diberikan petugas

 

ii) Produk/ Hasil Transformasi

Menghadiri kelas latihan ICT di Pusat Internet Kampung Hilir Maludam

 

iii) Promosi Di Media Sosial

Laman Facebook beliau yang mempromosikan produk jualannya

 

iv) Lain-lain/ Penglibatan Dalam Aktiviti

Aktif dalam penglibatan aktiviti Pusat Internet Kampung Hilir Maludam