NAMA: ZULHIZAH BINTI ZAINI

ALAMAT: KAMPUNG HULU MALUDAM

UMUR: 28 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI: 2016

 

LATAR BELAKANG

Bekerja sebagai pembantu tukang masak di SMK Beladin dan menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan kedua.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Sebelum bergiat aktif dengan program dan aktiviti Pusat Internet, Zulhizah kurang mahir menggunakan komputer dan tidak berminat untuk mengikuti mana-mana latihan keusahawanan mahupun kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet.

SELEPAS PENGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Zulhizah mula berminat mempelajari ICT setelah memahami kepentingan ilmu ICT untuk kegunaan masakini. Beliau amat teruja dan bersemangat untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan. Bermula dengan mengenali komponen-komponen komputer seterusnya Microsoft Office dan sehingga kini Zulhizah aktif mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan di Pusat Internet.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PUSAT INTERNET 

1. Latihan Asas Komputer

2. Latihan Asas Internet

3. Microsoft Office (Word/ Excel/ Powerpoint)

4. Latihan Keusahawanan

5. E-Dagang

6. E-Kerajaan

7. Adobe Photoshop

BAGAIMANA PUSAT INTERNET  MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN KEMAHIRAN ICT

Dengan adanya latihan keushawanan yang dijalankan, ianya banyak membantu Zulhizah dalam perniagaan beliau. Seperti mana yang dipelajari pada latihan keusahawanan sebelum ini, perniagaan bukan hanya mengaut keuntungan dan mengelak untuk rugi semata-mata, apa yang lebih penting adalah strategi dan pelan pemasaran yang berkesan bagi memastikan perniagaan dapat diteruskan dan diperkembangkan lagi pada masa akan datang.

 

i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri

Menghadiri kelas latihan keusahawanan

 

ii. Produk/ Hasil Transformasi

Aktif menggunakan Dashboard Komuniti sebagai medium mempromosikan produk

 

iii. Promosi di Media Sosial

Zulhizah mempromosikan produk beliau di laman Facebook

 

iv. Penglibatan dalam Pusat Internet 

Aktif dalam penglibatan penganjuran Pusat Internet