NAMA: ENANG SARI BIN ISMAIL

ALAMAT: KAMPUNG TENGAH MALUDAM

UMUR: 18 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI: 2014

 

LATAR BELAKANG

Enang Sari bin Ismail merupakan belia lepasan SPM dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama bagi meneruskan perniagaan yang telah dijalankan oleh ibunya.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Seperti remaja yang lain, beliau tertumpu kepada media sosial sepenuhnya dan tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer serta pengetahuan ICT.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Bermula dengan membuat kerja kursus bersama rakan-rakan di Pusat Internet dan setelah menyedari kemahiran ICT itu penting, Enang Sari dan rakan-rakannya menghadiri kelas latihan ICT seperti yang disarankan oleh petugas Pusat Internet. Pada mulanya tahap penguasaan pengetahuan ICT Enang Sari sangat lemah dan setelah menghadiri beberapa kelas dan latihan, beliau mula menunjukkan minat dan mula menguasai pengetahuan ICT serta mahir dalam menggunakan komputer.

APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET

1. Latihan Asas Komputer

2. Latihan Asas Internet

3. Microsoft Offices (Word/Excel/PowerPoint)

4. INTEL

5. Latihan Keusahawanan

6. E-Dagang

7. E-Kerajaan

8. Adobe Photoshop

BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Dengan adanya latihan yang dijalankan seperti Asas Komputer, INTEL dan Latihan Keusahawanan yang kerap dijalankan di Pusat Internet, ianya banyak membantu Enang Sari dan komuniti yang lainnya dalam menjayakan lagi perniagaan mereka. Di samping itu, Enang Sari juga semakin kreatif dalam mempromosikan jualannya di media sosial dan meraih banyak ilmu usahawan melalui module-module yang dibimbing oleh petugas.

 

i) Bengkel Latihan/ Keusahawanan yang dihadiri

Menyiapkan tugasan yang diberikan petugas Pusat Internet

 

ii) Produk/ Hasil Transformasi

Membuat Surat Kiriman Rasmi dalam Microsoft Word

 

iii) Promosi di Media Sosial

Promosi jualan di laman facebook Enang Sari

iv) Lain-lain/ Penglibatan dalam aktiviti Pusat Internet

Aktif mengikuti program yang dianjurkan Pusat Internet