NAMA: MOHD ZULFAQAR BIN NORAINI ALAMAT: KAMPUNG BELAKANG PASAR MALUDAM UMUR: 10 TAHUN TARIKH MENJADI AHLI: 2016
|
LATAR BELAKANG
Adik Zulfaqar merupakan seorang pelajar Tahun 4 di SJK Chung Hua Maludam dan sangat petah berbicara dalam bahasa Mandarin. Adik Zulfaqar ini seorang yang aktif dan rajin serta disenangi oleh orang sekelilingnya.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Adik Zulfaqar telah didaftarkan oleh datuknya untuk menjadi ahli Pusat Internet Kampung Hilir Maludam setelah berminat mendengar latihan ICT yang diadakan secara percuma.Pada mulanya adik Zulfaqar ini sangat pasif dan tidak menunjukkan minat semasa sesi latihan. Dengan adanya latihan dan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kampung Hilir Maludam, Zulfaqar mula menunjukkan minatnya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Adik Zulfaqar sangat aktif dan mudah memahami setiap apa yang dipelajarinya. Dia juga sering menjadi rujukan oleh rakan-rakannya semasa sesi latihan pembelajaran ICT. Setiap latihan dan pertandingan yang diadakan, Zulfaqar sering mendapat tempat dalam pertandingan mahupun latihan berpandu yang diadakan.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
1.Asas Komputer /Komponen & Sistem Operasi
2.Asas Microsoft Word
3.Membuat Surat Kiriman Rasmi / Tidak Rasmi
4.Membuat Kad Ucapan
5.Membuat Jadual
6.Asas Microsoft Excel
7.Asas Microsft Power Point
8.Asas Microsoft Publisher
9.E-Kerajaan
10.Asas Internet
BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT/ PERKEMBANGAN PERNIAGAAN
Melalui sesi latihan dan aktiviti selepas latihan yang diadakan.
I.Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan Yang Dihadiri
Sesi latihan ICT yanng disertai oleh adik Zulfaqar
II.Hasil Transformasi/Produk
Sering mendapat tempat dalam pertandingan yang diadakan di Pusat Internet Kampung Hilir Maludam
III.Lain-lain (Penglibatan Dalam Aktiviti)
Aktif mengikuti setiap aktivti anjuran Pusat Internet Kampung Hilir Maludam