CELIK IT
Nama : Nur Shukina binti Hamraz
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 11 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2022
Latar belakang
Adik Nur Shukina binti Hamraz atau lebih dikenali sebagai Sue merupakan pelajar tahun 5 yang bersekolah di SK Maludam. Adik Sue tinggal di Kampung Hilir Maludam. Adik Sue juga merupakan anak yang kedua daripada 3 adik beradik. Adik Sue telah mendaftar menjadi ahli NADI Kampung Hilir Maludam pada tahun 2022.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum bergiat aktif dalam program NADI/mengikuti kelas ICT di NADI, adik Sue banyak meluangkan masa dengan bermain bersama rakan-rakan yang lain. Adik Sue juga tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan kurang berpengetahuan mengenai ilmu ICT. Hal ini demikian kerana di rumah adik Sue juga tidak memiliki sebarang laptop mahupun komputer. Selain itu, adik Sue juga kurang didedahkan dengan penggunaan komputer semasa di sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Semenjak menjadi ahli NADI Kg Hilir Maludam pada tahun 2022, adik Sue sering mengunjungi NADI Kampung Hilir Maludam. Hal ini demikian kerana lokasi NADI Maludam yang terletak tidak jauh daripada rumahnya. Kini, adik Sue sudah mahir menggunakan komputer serta peningkatan dalam ilmu ICT. Adik Sue juga sering mengikuti kelas, pertandingan dan aktiviti yang dijalankan di NADI bersama rakan-rakan yang lain.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Origami
- Google Meet
- Quizziz
- STEM-IoT
Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI banyak membantu adik Sue meningkatkan kemahiran ICTnya. Kini, adik Sue mahir menggunakan Microsoft office seperti Microsoft word dan Microsoftexcel. Adik Sue juga mahir untuk menjawab kuiz secara dalam talian menggunakan kahoot, quizziz dan lain lagi. Selain itu, adik Sue juga sering membuat aktiviti STEM-IoT bersama rakan-rakan yang lain.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Caption : Adik Sue aktif mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI Kg Hilir Maludam.
ii. Produk / Hasil Transformasi
Caption : Antara hasil pembelajaran adik Sue sepanjang megikuti kelas di NADI Maludam
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Caption : Antara aktiviti STEM yang diikuti oleh adik Sue bersama rakan-rakan yang lain.
CELIK IT
Nama : Nur Alya Qistina binti Faizullah
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 13 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Adik Nur Alya Qistinan binti Faizullah atau dikenali sebagai adik Alya merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik Alya tinggal di Kampung Hilir Maludam. Kini, adik Alya bersekolah di SMK Beladin. Adik Alya telah mendaftar jadi ahli NADI pada tahun 2018 iaitu semasa mengikuti program Hari Bersama Komuniti (HBK).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum bergiat aktif dalam program NADI/mengikuti kelas ICT di NADI, adik Alya banyak menghabiskan masa dengan bermain bersama rakan-rakan yang lain. Adik Alya juga sekali sekala pergi membaca buku di Perpustakaan Desa Maludam. Hal ini demikian kerana Perpustakaan Desa Maludam jauh dari rumahnya. Selain itu, adik Alya juga tidak terdedah dengan kelas/ latihan yang berasaskan penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Semenjak menjadi ahli NADI Kg Hilir Maludam pada tahun 2018 iaitu semasa Hari Bersama Komuniti (HBK), adik Alya rajin untuk menghadiri kelas, latihan, program dan pertandingan yang diadakan di NADI Kg Hilir Maludam. Lokasi NADI Kg Hilir Maludam yang dekat dengan rumahnya menyebabkan adik Alya kerap mengunjungi NADI. Oleh itu, adik Alya sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran menggunakan komputer berbandinga sebelumnya.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Origami
- Google Meet
- Quizziz
- CapCut
Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI banyak membantu adik Alya meningkatkan kemahiran ICT. Antaranya, adik Alya sudah mahir menggunakan Microsoft Office, Canva, Capcut dan lain lagi. Selain itu, adik Alya juga terbiasa untuk menjawab kuiz subjek yang tertentu secara dalam talian sebagai salah satu cara untuk mengulangkaji pelajaran. Adik Alya juga kini mampu mengajar adik-adik yang baru menjadi ahli NADI berkenaan asas ICT.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Adik Alya aktif mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI Kg Hilir Maludam.
ii. Produk / Hasil Transformasi
Adik Alya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan menaip peringkat sekolah rendah anjuran NADI Kg Hilir Maludam.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Adik Alya aktif mengikuti program dan pertandingan bersama rakan-rakan yang lain.
CELIK IT
Nama : Maslina binti Rajali
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 49 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2014
Latar belakang
Puan Maslina binti Rajali merupakan ibu kepada 3 orang ank. Beliau tinggal di Kampung Hilir Maludam. Selain itu, Puan Maslina juga merupakan seorang guru KAFA yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hua Meludam yang terletak di Kampung Belakang Pasar Maludam. Puan Maslina kini berumur 49 tahun dan telah menjadi ahli PEDi Kampung Hilir Maludam sejak tahun 2014 lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, Puan Maslina kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Hal ini demikian kerana Puan Maslina tidak memiliki komputer ataupun komputer riba di rumah mahupun di tempat kerja pada awal-awal penglibatan di PEDi. Segala kerja yang dilakukan oleh Puan Maslina kebanyakannya adalah secara manual sahaja. Puan Maslina juga tidak terdedah dengan Microsoft Office, PDF dan banyak lagi yang berkaitan dengan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2014 iaitu pada tahun pembukaan dan perasmian PEDi Kampung Hilir Maludam yang dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) pada masa tersebut, Puan Maslina banyak mendapat ilmu baru yang berkaitan dengan komputer. Walaupun telah lama menjadi ahli PEDi, namun Puan Maslina masih lagi aktif mengunjungi serta mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDi sekiranya ada masa terluang. Hal ini demikian kerana PEDi telah menjadi salah satu tempat untuk beliau menambah ilmu berkaitan komputer.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Canva
- Google Meet
- Zoom Meet
- Scan
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi Kampung Hilir Maludam banyak membantu Puan Maslina meningkatkan kemahiran ICT beliau terutamanya pendedahan dan penggunaan Microsoft Offices. Hal ini demikian kerana kini hampir semua kerja melibatkan penggunaan komputer. Puan Maslina yang merupakan guru KAFA sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja hakiki beliau dengan menggunakan komputer seperti email, Microsoft Word, zoom meet dan banyak lagi.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Caption : Puan Maslinaaktif mengikuti kelas menaip di PEDi Kg Hilir Maludam.
ii. Produk / Hasil Transformasi
Caption : Puan Maslina mengikuti pertandingan yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Caption : Puan Maslina mengikuti aktiviti lain-lain yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.
CELIK IT
Nama : Muhammad Izzudin bin Muliady
Alamat : Kampung Seberang Maludam
Umur : 14 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Adik Izzudin atau lebih dikenali sebagai Dekni merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin. Dia merupakan pelajar harian yang ulang alik ke SMK Beladin dengan menaiki van tambang sekolah. Adik Izzudin tinggal di Kampung Seberang Maludam. Adik Izzudin juga merupakan anak bongsu dalam keluarga. Adik Izzudin telah menjadi ahli di PEDi Maludam pada tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, adik Izzudin sering duduk membaca buku di Perpustakaan Desa Maludam. Adik Izzudin juga sering bermain di rumah dengan rakan-rakan yang lain. Adik Izzudin tidak berapa terdedah dengan penggunaan komputer kerana ketiadaan komputer di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2018, adik Izzudin kerap mengunjungi PEDi dan aktif mengikuti kelas atau pertandingan yang diadakan di PEDi Maludam bersama rakan-rakan yang lain. Walaupun tidak dapat mengunjungi PEDi sejak covid-19 pada tahun 2020 yang lalu, namun adik Izzudin tetap mengikuti perkembangan PEDi melalui facebook page PEDi Kg Hilir Maludam. Kini, adik Izzudin masih lagi setia mengunjungi dan mengikuti kelas, program serta pertandingan yang diadakan di PEDi Maludam.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Canva
- Capcut
- Origami
- Blockly games
- Codes
- Quizziz
- Wordwall
- Puzzles
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi Kampung Hilir Maludam banyak membantu adik Izzudin dalam kemahiran ICT. Hal ini demikian kerana adik Izzudin tidak malu bertanya semasa mempelajari sesuatu kemahiran yang baru. Adik Izzudin kini mahir menggunakan Microsoft Offices, menjawab kuiz secara dalam talian, menyunting gambar dan video dan banyak lagi. Adik Izzudin juga dapat mengajar adik-adik junior yang baru menjadi ahli PEDi.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Caption : Adik Izzudin aktif mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.
ii. Produk / Hasil Transformasi
Caption : Adik Izzudin mengikuti pertandingan yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Caption : Adik Izzudin menjadi johan dalam pertandingan poster Hari Malaysia & mendapat tempat kedua dalam pertandingan menyunting video.
CELIK IT
Nama : Mohammad Hasidar bin Abdullah
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 13 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2019
Latar belakang
Adik Hasidar merupakan anak angkat kepada Encik Paidar yang tinggal di Kampung Tengah Maludam. Namun, adik Hasidar masih rapat dengan keluarga kandungnya kerana Encik Paidar merupakan pakcik kandungnya sendiri. Adik Hasidar merupakan anak bongsu dalam keluarga angkatnya. Kini, adik Hasidar telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin kerana sudah berada di tingkatan 1.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, adik Hasidar hanya bermain di rumah rakan-rakannya. Adik Hasidar juga kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Adik Hasidar bahkan tidak tahu menggunakan Microsoft Office dan banyak lagi yang berkaitan dengan ICT. Hal ini demikian kerana adik Hasidar tidak memiliki komputer atau komputer riba di rumah dan jarang menggunakannya di sekolah. Adik Hasidar hanya terdedah dengan penggunaan telefon bimbit kepunyaan ayah angkatnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2019 iaitu semasa Hari Bersama Komuniti (HBK), adik Hasidar mula melibatkan diri dengan kelas dan pertandingan yang dianjurkan di PEDi. Rakan-rakan adik Hasidar yang lain juga banyak melibatkan diri di PEDi. Oleh itu, setiap kali ada masa yang terluang adik Hasidar dan rakan-rakannya akan datang ke PEDi untuk mengikuti kelas atau membuat kerja sekolah secara berkumpulan.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Origami
- Google Meet
- Quizziz
- CapCut
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi banyak membantu adik Hasidar untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan pengetahuan ICT. Adik Hasidar kini sedikit sebanyak dapat menguasai penggunaan Microsoft Offices dengan baik. Hal ini demikian kerana adik Hasidar sering mengikuti kelas Microsoft Offices di PEDi. Adik Hasidar turut mengikuti pertandingan menaip terpantas dan banyak lagi. Selain itu, adik Hasidar turut mahir membuat poster dengan menggunakan canva, menjawab kuiz menggunakan kahoot dan quizziz serta menyunting video dengan menggunakan capcut.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Caption : Adik Hasidar aktif mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.
ii. Produk / Hasil Transformasi
Caption : Adik Hasidar mendapat tempat ketiga dalam pertandingan video kreatif pendek & pertandingan menaip terpantas anjuran PEDi Kg Hilir Maludam.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Caption : Adik Hasidar mengikuti aktiviti semasa program HBK yang dilangsungkan pada tahun 2019 yang lalu.