Kampung Maludam dilengkapi dengan dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Maludam dan SJK Chung Hua Meludam.
Sekolah Kebangsaan Maludam atau nama ringkasnya, SK Maludam terletak di Kampung Hulu Maludam.Sekolah ini diterajui oleh seramai 44 orang guru dan dibantu oleh seramai 14 orang staff sokongan. SK Maludam mempunyai sejumlah 409 orang murid dimana 388 orang daripadanya adalah murid berbangsa melayu, 13 orang murid berbangsa iban dan hanya 3 orang murid berbangsa cina. Sekolah ini turut dilengkapi dengan sebuah dewan serbaguna yang diberi nama Dewan Sri Budiman, asrama lelaki dan perempuan, padang futsal dan makmal komputer. SK Maludam sering menjadi pusat/tempat untuk mengadakan program yang melibatkan komuniti memandangkan Kampung Maludam belum memiliki dewan serbaguna sendiri.
SJK Chung Hua Meludam terletak di Kampung Darat Maludam dan telah dibangunkan pada tahun 1947. Tahap pendidikan di sekolah ini sama seperti SK Maludam bermula dari Pra sekolah sehingga darjah 6. Kini, SJK Chung Hua meludam mempunyai seramai 17 orang guru, 165 orang murid dan 16 orang staff sokongan. Sekolah ini terdiri daripada 60 peratus murid berbangsa melayu, 30 peratus berbangsa iban, dan 10 peratus lagi berbangsa cina. SJK Chung Hua merupakan satu-satunya sekolah jenis kebangsaan yang mengadakan Majlis Khatamal Al-Quran dan menjadikannya sebagai aktiviti tahunan sejak dua tahun lepas.
Kedua-dua sekolah tersebut aktif dalam mengadakan kelas tambahan terutamanya bagi pelajar yang bakal menduduki UPSR. Selain itu, pelbagai aktiviti dan program sama ada dari segi kokurikulum dan kurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah tersebut setiap tahun.