USAHAWAN 1
Nama : Nurani Taim
Alamat : Kampung Spinang
Umur : 19 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Puan Nurani merupakan seorang surirumah dan mempunyai seorang anak perempuan. Beliau telah menjadi ahli Kg Pusat Internet Hilir Maludam sejak tahun 2018. Beliau juga baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan bermula tahun 2018. Kini, beliau giat berniaga barangan alat solek dan sudah mula menjadi salah seorang jurusolek antara kampung iaitu Kampung Maludam, Semarang dan Spinang. Bagi yang membeli barangan alat solek yang dijual oleh Nurani, beliau akan COD (cash of delivery) di setiap rumah di Kampung Spinang sendiri secara percuma dan akan mengenakan cas COD mengikut jarak tempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Puan Nurani kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan kurang mengetahui komponen-komponen komputer. Beliau hanya menggunakan smartphone untuk berbisnes dan sebagainya. Oleh hal yang demikian beliau kurang tahu menggunakan komputer semasa mula-mula mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet. Hal ini menyebabkan beliau akan merujuk pusat internet sekiranya hendak mengisi sebarang borang yang dapat dibuat secara online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menjadi ahli Pusat Internet, beliau lebih mengenali penggunaan komputer dan memahami komponen-komponen yang terdapat dalam komputer. Selain mengetahui penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel dan lain lagi beliau juga terdedah dengan penggunaan Adobe Photoshop dan Canva. Hal ini demikian kerana beliau rajin mengikuti kelas dan pertandingan yang diadakan di Pusat Internet Hilir Maludam selagi berkesempatan. Beliau mula belajar cara-cara membuat perlabelan, logo dan lain lagi berkaitan dengan perniagaan beliau. Selain itu, beliau juga lebih memahami cara untuk mengisi sebarang borang secara online dengan menggunakan komputer.
Apa yang dipelajari melalui PI
• Latihan asas komputer
• Latihan Asas interntet
• Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
• Latihan Keusahawanan
• E-dagang
• E-Kerajaan
• Adobe Photoshop
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PI banyak memberikan ilmu baharu kepada Puan Nurani. Hal ini demikian kerana Puan Nurani merupakan seorang yang rajin mengikuti kelas dan pertandingan yang diadakan di Pusat Internet. Hal ini sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Nurani berkaitan dengan komputer dalam meningkatkan cara pemasaran barangan beliau. Beliau kini lebih berani untuk membuat live make up dalam laman sosial beliau iaitu melalui facebook sambil mempromosikan bakat beliau dalam bidang persolekan. Di samping membuat live make up, beliau juga turut mahir dalam membuat video tutorial make up yang berdurasi antara 5-10 minit secara kreatif kemudian memuat naik video tersebut di facebook. Live serta video tutorial beliau mendapat kongsian dan view yang agak tinggi dari penduduk kampung dan kawasan sekitar serta sokongan daripada rakan facebook beliau daripada negeri yang berlainan.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
(Menghadiri latihan keusahawanan di PI Hilir Maludam)
ii) Produk / Hasil Transformasi
(Puan Nurani menyertai Pertandingan Mengarang Artikel semasa program CAKNA pada tahun lepas)
iii) Promosi di Media Sosial
(Promosi perkhidmatan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) iaitu di facebook persendirian Puan Nurani)
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
(Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PI Hilir Maludam)
CELIK IT
Nama : Siti Suhaidha binti Suhardi
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 12 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2017
Latar belakang
Adik Suhaidha merupakan murid tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Suhaidha telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2017. Adik Suhaidha merupakan seorang murid yang bijak dalam menguruskan masa. Hal ini demikian kerana adik Suhaidha bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Adik Suhaidha tidak pernah mengabaikan pelajarannya walaupun aktif dalam kokurikulum.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum bergiat aktif dalam program PI/mengikuti kelas ICT di PI, adik Suhaidha tidak pandai menggunakan komputer serta tidak memahami sebarang fungsi dan kegunaan komputer. Adik Suhaidha hanya tahu untuk menggunakan youtube sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI, Adik Suhaidha lebih gemar menghabiskan masa di PI bersama adiknya. Pada masa lapang, adik Suhaidha akan mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh petugas. Kini adik Suhaidha lebih menguasai serta memahami penggunaan komputer dan boleh menggunakan Microsoft Office dengan baik. Adik Suhaidha juga lebih lancar menaip menggunakan papan kekunci berbanding sebelum ini. Selain itu, adik Suhaidha turut menguasai penggunaan enjin carian di internet untuk mencari maklumat serta bahan rujukan pelajaran. Adik Suhaidha juga sering mengikuti perkembangan yang terdapat di PI.
Apa yang dipelajari melalui PI
• Asas Komputer dan Sistem operasi
• Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
• Asas Internet (Browser/Emel/dll)
• Paint
• E-Pembelajaran
• Kahoot
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Aktiviti dan program yang diadakan di PI banyak membantu proses kemahiran adik Suhaidha. Adik Suhaidha sedikit sebanyak mengenali asas-asas komputer seperti komponen yang terdapat pada komputer. Adik Suhaidha juga kini mampu menggunakan komputer dengan lebih baik. Selain itu, adik Suhaidha juga semakin yakin menggunakan Microsoft Office semasa mengikuti kelas yang diadakan oleh petugas di Pusat Internet Hilir Maludam.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
(Adik Suhaidha aktif menghadiri kelas yang diadakan di PI Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik)
ii) Produk / Hasil Transformasi
(Membuat kad ucapan "Happy Birthday" semasa kelas Microsoft Publisher.)
iii) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
(Adik Suhaidha aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PI Hilir Maludam.)
Nama : Nur Azuanni Bin Suudi
Alamat : Kampung Belakang Pasar, Maludam
Umur : 19 tahun
Tahun menjadi ahli : 2014
Latar belakang
Merupakan seorang belia yang menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan utama.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Nur Azuanni aktif mengikuti setiap program dan aktiviti PI sejak dari tahun 2014 lagi dimana ketika itu dia masih merupakan seorang pelajar. Banyak menghabiskan masa di PI dengan mencari pelbagai bahan rujukan yang berkaitan dengan matapelajaran di sekolah. Adik Azuanni juga telah menamatkan latihan Asas Komputer dan Microsoft Office di Pusat Internet. Setelah tamat persekolahan, adik Azuanni memilih untuk berniaga atas talian dan telah mengambil Latihan Keusahawanan di PI dan sehingga kini dia masih meneruskan latihan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan berpandukan modul Latihan Keusahawanan yang dipelajari, adik Nur Azuanni berazam untuk mengembangkan dan mempelbagaikan lagi produk jualannya.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Latihan asas komputer
- Latihan Asas interntet
- Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
- INTEL
- Latihan Keusahawanan
- E-dagang
- E-Kerajaan
- Adobe Photoshop
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Dengan adanya latihan yang diberiakn percuma dan perkhidmatan internet yag sangat baik memudahkan adik Nur Azuanni dalam usaha menjalankan perniagaan secara atas talian.
1. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
(Antara program yang diikuti adik Nur Azuanni ialah Bengkel Literasi ICT Belia Maludam)
2. Produk / Hasil Transformasi
(Menghasilkan Resume berpandukan penarangan petugas dan memuatnaik artikel di Mykomuniti pada aplikasi Dashboard Komuniti)
3. Promosi di Media Sosial
(Promosi produk jualan di media sosial,Facebook)
4. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
(1. Juara Pertandingan Kahoot ICT,
2. Menerima Sijil Penyertaan Bengkel Literasi ICT Belia Maludam,
3. Bersama peserta bengkel dan petugas)
CELIK IT
Nama : Azam Bin Ahmad Zaidi
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 10 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2016
Latar belakang
Adik Azam merupakan murid tahun 4 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Azam telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2016. Adik Azam seorang murid yang aktif dalam kokurikulum. Di samping itu adik Azam juga tidak mengabaikan pelajarannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum bergiat aktif dalam program PI/mengikuti kelas ICT di PI, adik Azam tidak pandai menggunakan komputer kerana tidak terdedah dengan sebarang kemudahan yang terdapat dalam komputer seperti Microsoft Office dan lain lagi. Adik Azam juga tidak tahu fungsi dan kelebihan yang terdapat pada internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI, Adik Azam lebih gemar menghabiskan masa di PI. Adik Azam juga tidak ketinggalan untuk mengikuti setiap kelas yang diadakan di PI sehingga sekarang. Kini adik Azam sudah menguasai penggunaan komputer dan boleh menggunakan Microsoft Office dengan baik. Selain itu, adik Azam juga lebih menguasai penggunaan enjin carian di internet untuk mencari maklumat serta bahan rujukan pelajaran. Adik Azam juga sering mengikuti perkembangan PI dan juga sering menyertai pertandingan yang diadakan di PI seperti semasa Program Hari Bersama Komuniti.
Apa yang dipelajari melalui PI
• Asas Komputer dan Sistem operasi
• Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
• Asas Internet (Browser/Emel/dll)
• Paint
• Smart Draw
• E-Pembelajaran
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Aktiviti dan program yang diadakan di PI banyak membantu proses kemahiran adik Azam. Adik Azam kini menjadi lebih yakin untuk menggunakan komputer dan memanfaatkan penggunaan internet sebaiknya. Adik Azam juga tidak ketinggalan untuk memanfaatkan latihan dan kelas yang diadakan di PI untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai komputer serta memahirkan lagi penggunaan Microsoft Office demi kepentingan pada masa hadapan.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
(Menghadiri kelas yang diadakan di PI Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik.)
ii) Produk / Hasil Transformasi
(Menyertai pertandingan Kuiz ICT Online dan pertandingan membuat Origami. Adik Azam telah menjadi juara dalam pertandingan membuat Origami anjuran PI Hilir Maludam.)
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
(Adik Azam aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PI Hilir Maludam.)
USAHAWAN 1
Nama : Mazidah binti Supian
Alamat : Kampung Tengah Maludam
Umur : 30 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Cik Mazidah yang berasal dari Kampung Tengah Maludam merupakan seorang usahawan yang bekerja sendiri iaitu mobile spa. Beliau menjalakankan perkhidmatannya di rumah sendiri dan juga pergi ke rumah pelanggannya bergantung permintaan dan kesesuaian keadaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum bergiat aktif dengan program dan aktiviti pi1m, Cik Mazidah kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Hal ini demikian kerana Cik Mazidah banyak bergantung dengan smart phone sahaja. Cik Mazidah juga tidak berminat untuk mengikuti mana-mana kelas ICT dan kelas keusahawanan yang diadakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Cik Mazidah mula berminat untuk mempelajari ICT setelah memahami kepentingan ilmu ICT pada masakini. Cik Mazidah sedar bahawa masih banyak lagi fungsi penggunaan komputer dan internet yang masih belum diketahuinya. Bermula dengan mengenali komponen-komponen komputer seterusnya mempelajari Microsoft Office ia menjadikan Cik Mazidah semakin teruja dan bersemangat untuk belajar. Cik Mazidah juga sering mengikuti pertandingan yang berkaitan dengan usahawan yang diadakan di PI Hilir Maludam.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
• Latihan asas komputer
• Latihan Asas interntet
• Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
• Latihan Keusahawanan
• E-dagang
• E-Kerajaan
• Adobe Photoshop
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Latihan Keusahawanan yang dijalankan di PI Hilir Maludam banyak membantu Cik Mazidah dalam perniagaan. Hal ini demikian kerana Cik Mazidah banyak mempelajari penggunan Microsoft Office. Cik Mazidah juga sudah mahir untuk membuat kad bisnes dan logo perniagaan mengikut kreativitinya yang tersendiri. Oleh itu, Cik Mazidah kini lebih yakin menjalankan perniagaannya dengan adanya strategi pemasaran yang strategik dan berkesan.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
(Menghadiri latihan keusahawanan di PI Hilir Maludam.)
ii) Produk / Hasil Transformasi
(Cik Mazidah menyertai Pertandingan Membuat Video Produk dan Pertandingan Memuat Naik Produk Terbanyak ke My Shop. Cik Mazidah telah menjadi juara dalam Pertandingan membuat Video Produk kerana mendapat view yang paling tinggi di Facebook.)
iii) Promosi di Media Sosial
(Promosi perkhidmatan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) iaitu di facebook sendiri dan dalam group facebook Kampung Maludam.)
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
(Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PI Hilir Maludam.)
USAHAWAN 2
Nama : Zaharah binti Kifrawi
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 46 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2014
Latar belakang
Puan Zaharah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan juga skuad PI Hilir Maludam. Puan Zaharah memperolehi pendapatan sampingan dengan menjual pelbagai menu masakan tengah hari serta kuih muih untuk santapan petang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum bergiat aktif dengan program dan aktiviti PI, Puan Zaharah tidak berminat untuk mengambil tahu kepentingan ICT/Teknologi dalam kehidupan seharian. Puan Zaharah juga tidak tahu bahawa dengan adanya media sosial, beliau boleh menjual jualannya dengan lebih mudah, cepat dan dapat dilakukan dari rumah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Zaharah mula berminat untuk mempelajari ICT setelah memahami kepentingan ilmu ICT pada masa kini. Puan Zaharah juga sudah mahir untuk mempromosikan menu jualannya dalam media sosial iaitu Facebook. Beliau yang mulanya menjual jualannya dari rumah ke rumah kini hanya menghantar jualannya secara cod (cash of delivery) kepada sesiapa yang telah memesan dalam talian sahaja.
Puan Zaharah juga sering memberikan komitmen yang baik dengan mengikuti kelas serta program yang diadakan di PI.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
• Latihan Asas Komputer
• Latihan Asas interntet
• Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
• Latihan Keusahawanan
• E-dagang
• E-Kerajaan
• Adobe Photoshop
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Latihan dan aktiviti di PI banyak memberikan pendedahan yang berkaitan dengan ilmu berkaitan ICT dan keusahawanan. Puan Zaharah yang merupakan ZERO IT Bermula dari seorang yang tidak begitu mengenali dunia ICT dan kelebihan internet, kini mula memahami kepentingan kedua-dua aspek tersebut. Puan Zaharah juga terdedah dengan promosi di media sosial seperti facebook. Ia merupakan salah satu cara yang sangat mudah kerana produk yang dipromosikan melalui cara tersebut lebih cepat disampaikan kepada pengguna/pelanggan. Puan Zaharah juga boleh mengambil tempahan melalui media sosial untuk memudahkan komunikasi bersama pelanggan di sekitar Maludam. Cara berinteraksi menngunakan internet amat mudah, cepat dan meluas.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
(Menghadiri kelas latihan keusahawanan)
ii) Produk / Hasil Transformasi
(Antara produk Puan Zaharah binti Kifrawi)
iii) Promosi di Media Sosial
(Promosi produk yang dilakukan di laman sosial iaitu Facebook)
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
(Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PI Hilir Maludam.)
Nama : Junaidah Binti Shamsu
Alamat : Kampung Hulu Maludam
Umur : 31 tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Puan Junaidah merupakan seorang surirumah tangga dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan sampingan bagi membantu suaminya. Menjual pelbagai jenis kuih-muih pada waktu pagi di pondok jualan yang dibina dihadapan rumahnya. Manakala pada sebelah petang pula, Puan Junaidah akan menjual pelbagai jenis roti. Telah berkecimpung hampir 2 tahun dalam bidang perniagaan, Turut menjadikan media sosial sebagai medium promosi jualan menyebabkan perniagaannya semakin maju dan semakin ramai pelanggannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Junaidah sangat yakin dengan menjalankan perniagaan kuih-muih dan roti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban suaminya. Sebelum bergerak aktif dalam setiap program dan aktiviti PI dan sebelum mengikuti latihan yang dijalankan di PI, pengetahuan Puan Junaidah mengenai perniagaan sangat terhad. Jenis kuih-muih yang dijual pula terhad kepada kuih tradisional yang biasa didapati bahkan hanya menjual dalam kuantiti yang terhad setiap hari kerana khuatir jualannya tidak habis dijual.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas aktif mengikuti program PI dan menghadiri latihan yang dijalankan di PI, perniagaan Puan Junaidah semakin berkembang dengan menyediakan pelbagai jenis menu kuih baru yang banyak diperolehi melalui carian di internet dan Youtube. Malah kini Puan Junaidah semakin mahir menjalankan perniagaan setelah mempelajari ilmu perniagaan melalui Latihan Keusahawanan yang dihadiri. Dengan adanya promosi yang berlanjutan di media sosial juga menyebabkan pelanggannya semkain bertambah dan permintaan terhadap jualannya juga semakin meningkat.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Latihan asas komputer
- Latihan Asas interntet
- Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
- Latihan Keusahawanan
- E-dagang
- E-Kerajaan
- Adobe Photoshop
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Dengan adanya kemudahan internet dan komputer di PI dan juga latihan yang diberikan secara percuma, banyak membantu meningkatkan jualan perniagaan Puan Junaidah. Selain itu dengan adanya latihan berkumpulan dan pembentangan yang diadakan semasa sesi latihan membantu meningkatkan keyakinan Puan Junaidah. Menjadikan sesi latihan sebagai sesi perkongsian idea perniagaan dengan rakan-rakan yang lain membantu Puan Junaidah mempelbagaikan produk dan bersemangat untuk menambahbaik dan memperkembangkan perniagaan yang sedia ada.
1. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
(Antara sesi latihan yang dihadiri Puan Junaidah)
2. Promosi di Media Sosial
(Promosi produk jualan di media sosial,Facebook)
3. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
(Antara program yang diikuti Puan Junaidah di Pusat Internet)