Kampung Maludam terdiri daripada Kampung Hilir, Tengah, Hulu, Belakang Pasar, Seberang, Sungai Mulon, Sungai Suak, Sungai Pedada, Sungai Daun dan Tanjung Baru yang diketuai atau dipimpin oleh Ketua Kampung atau Tuai Rumah di setiap kampung masing-masing. Hal ini bagi memastikan kebajikan dan keharmonian komuniti sentiasa dijaga dan terkawal. Selain itu, setiap kampung ini juga wujudnya Kesatuan Rukun Tetangga(KRT) yang sentiasa bertanggungjawab agar komuniti sentiasa bergiat aktif dalam setiap aktiviti ataupun program yang dianjurkan di Kampung Maludam. Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Daerah Maludam juga sentiasa memberikan tanggungjawab dimana mereka menganjurkan Program Pasar Tani pada setiap bulan bagi menggalakkan penduduk di sekitar kampung didedahkan dengan aktiviti perniagaan kecil dan sederhana. Disamping itu, pelbagai aktiviti yang menarik diadakan pada program tersebut.