NAMA: KHALIDAH JERABAT

ALAMAT: KAMPUNG HILIR MALUDAM

UMUR: 25 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI: 2017

 

LATAR BELAKANG

Khalidah Binti Jerabat ialah surirumahtangga sepenuh masa dan menjalankan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan kedua untuk menampung kehidupan.

SEBELUM PENGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Pengetahuan ICT yang terhad kepada pengetahuan melayari internet dan asas penggunaan komputer/ komputer riba sahaja. Beliau juga jarang mengikuti program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet.

SELEPAS PENGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Setelah sering mengunjungi dan mengikuti program serta aktiviti di Pusat Internet , beliau telah sedar akan kaedah pemasaran secara atas talian amat membantu beliau untuk mempromosikan produk jualannya. Hal ini kerana, Pusat Internet  bukan sahaja merangkumi pembelajaran ICT malahan latihan keusahawanan juga diberikan secara percuma di mana akan membantu penduduk tempatan dan sekitarnya. Kini, Khalidah lebih yakin dan bersemangat untuk mempromosikan produk jualannya serta meningkatkan lagi kaedah pemasaran produknya melalui media sosial.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PUSAT INTERNET 

1. Latihan Asas Komputer

2. Latihan Asas Internet

4. Microsoft (Word/Excel/PowerPoint)

5. INTEL

6. Latihan Keusahawanan

7. E-Dagang

8.E-Kerajaan

9. Adobe Photoshop

BAGAIMANA PUSAT INTERNET  MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Dengan adanya latihan seperti Asas Komputer, INTEL, dan Latihan Keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet  ianya amat membantu komuniti kampung bahkan kelebihan kemudahan tidak hanya terhad kepada usahawan tempatan seperti Khalidah malahan kemudahan ini adalah untuk semua lapisan masyarakat.

i. Bengkel ICT/ Latihan Keusahawanan yang dihadiri

Pembentangan latihan INTEL yang dihadiri

 

ii. Produk/ Hasil Transformasi

Mula aktif menggunakan Dashboard Komuniti sebagai medium mempromosikan produk

 

iii. Promosi di Media Sosial

Produk yang dipromosikan di laman Facebook

iv. Penglibatan dalam Pusat Internet 

Aktif sebagai ahli Pusat Internet dalam segala aktiviti dan program yang dianjurkan