NAMA: JAMBU BIN ZOOL ALAMAT: KAMPUNG HILIR MALUDAM UMUR: 68 TAHUN TARIKH MENJADI AHLI: 2016 |
LATAR BELAKANG
Encik Jambu Bin Zool merupakan ketua kampung utk warga Kampung Hilir Maludam di mana beliau telah diberikan kepercayaan selama 15 tahun untuk memegang jawatan tersebut. Kepimpinan beliau amat disenangi komuniti dan pihak atasan. Beliau sentiasa memberikan kerjasama yang yang baik dan sering mendengar luahan komuniti untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum kewujudan Pusat Internet Kampung Hilir Maludam, Encik Jambu Bin Zool ini sering membuat Laporan Bulanan secara bertulis dan perlu menyediakan pelbagai jenis fail untuk setiap jenis laporan dan maklumat kampung. Malahan beliau sering membuat rujukan kepada orang-orang yang tertentu sekiranya mempunyai persoalan atau isu yang kurang difahami.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Setelah menghadiri beberapa program yang dianjurkan oleh Pusat Internet dan mengetahui dengan jelas tentang penubuhan Pusat Internet ini, beliau menunjukkan minat dalam mempelajari pengetahuan ICT. MAlahan beliau juga sering menjadikan Pusat Internet sebagai sumber rujukan utama dan maklumat yang ingin diperolehinya. Kini pengurusan fail dan bidang tugasnya lebih praktikal dan mudah dan beliau tidak lagi membuat Laporan Tahunan secara bertulis, tetapi menyediakan laporan secara bertaip dan kini beliau sudah mahir menggunakkan Microsoft Word. Setiap laporan dan maklumat kampung akan dimasukkan ke dalam USB sebagai simpanan menjadikan pengurusan kerjanya semakin fleksibel dan mudah.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
1. Asas Komputer/ Komponen & Sistem Operasi
2. Asas Microsoft Word
3. Membuat Surat Kiriman Rasmi/ Tidak Rasmi
4. Membuat Kad Ucapan
5. Membuat jadual
6. Asas Microsoft Excel
7. Asas Microsoft Power Point
8. Asas Microsoft Publisher
9. E-Kerajaan
BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT/ PERKEMBANGAN PERNIAGAAN
Pusat Internet Kampung Hilir Maludam banyak membantu Encik Jambu Bin Zool dalam peningkatan tahap kemahiran ICT melalui sesi latihan dan program yang dihadiri oleh beliau sehingga menjadikan beliau mahir dan mmudahkan pengurusan pekerjaan beliau.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan Yang Dihadiri
Menyiapkan tugasan selepas sesi latihan
ii) Hasil Transformasi/ Produk
Turut menyertai pertandingan Word Search ICT yang diadakan bersempena program
iii) Lain-lain (Penglibatan dalam aktiviti)
Sesi pengenalan Dashboard Komuniti, MySoal dan pendaftaran MySoal bersama Ketua Masyarakat