CELIK IT

Nama : Mohd Danish Taqiuddin bin Roslan

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 12 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Danish atau lebih dikenali sebagai Achik merupakan pelajar tahun 6 di SJK Chung Hua Maludam. Adik Achik tinggal di Kampung Hilir Maludam iaitu tidak jauh dari PIK Kampung Hilir Maludam. Adik Achik merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik. Adik Achik mula menjadi ahli PIK Kg Hilir Maludam pada tahun 2017. Adik Achik merupakan seorang pelajar yang aktif dalam kedua-dua aspek akademik dan kokurikulum. Adik Achik bijak dalam membahagikan masanya kerana tidak pernah melupakan pelajarannya walaupun banyak belajar secara dalam talian semenjak covid-19 melanda negara sejak tahun lepas lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum bergiat aktif dalam program PIK/mengikuti kelas ICT di PIK, adik Achik banyak bermain dengan rakan-rakan tanpa mengenal ICT. Hal ini demikian kerana adik Achik tidak banyak terdedah dengan penggunaan komputer. Adik Achik juga kurang terdedah dengan pengetahuan tentang ICT baik di sekolah mahupun di rumah. Kekurangan kemudahan komputer di sekolah menyebabkan adik Achik kurang mengenal penggunaan komputer dan ICT.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK, adik Achik terus mendaftarkan diri menjadi ahli di PIK Kampung Hilir Maludam. Hal ini demikian kerana adik Achik merasa seronok bermain komputer di samping mempelajari ICT dengan lebih mendalam lagi. Adik Achik yang kini berusia 12 tahun juga masih aktif meluangkan masa di Pusat Internet Komuniti Kampung Hilir Maludam. Adik Achik tidak melepaskan peluang untuk menghadiri kelas serta mengikuti pertandingan, kuiz dan aktiviti yang dianjurkan di PIK. 

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

 

  • Asas Komputer dan Sistem operasi
  • Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
  • Asas Internet (Browser/Emel/dll)
  • Paint
  • E-Pembelajaran
  • Kahoot
  • Canva
  • Quizizz

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Kelas, aktiviti dan program yang diadakan di PIK banyak menambah ilmu pengetahuan adik Achik mengenai komputer dan ICT. Adik Achik lebih lancar dalam menaip dan mengingati kedudukan setiap huruf dan simbol di papan kekunci komputer/ laptop. Kekerapan menghadiri kelas menaip (Microsoft Word) menyebabkan adik Achik mampu menaip dengan lebih cepat. Selain Microsoft Office, adik Achik juga mahir menggunakan Canva, Kahoot, Quizizz dan lain lagi. Selain itu, adik Achik juga sering membuat ulangkaji secara dalam talian (online) kerana terbiasa mengikuti kelas e-pembelajaran di PIK Kg Hilir Maludam.

 

i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Danish1  Danish2

Adik Achik aktif menghadiri kelas yang diadakan di PIK Hilir Maludam serta sentiasa memberikan komitmen yang baik.

 

ii. Produk / Hasil Transformasi 

Danish3

Mengikuti pertandingan membuat video kraftangan kemerdekaan pada tahun 2020

 

iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Danish4

Adik Achik aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PIK Hilir Maludam.

 

CELIK IT

Nama : Akhil Danial bin Nerawi

Alamat : Kampung Tengah Maludam

Umur : 12 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2019

 

Latar belakang

Adik Akhil merupakan murid tahun 6 yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Akhil tinggal di Kampung Tengah Maludam. Adik Akhil telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2019.  Adik Akhil juga merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Adik Akhil merupakan seorang murid yang tidak mengabaikan pelajarannya walaupun aktif bersukan iaitu bermain ragbi dan bola sepak di peringkat sekolah. Adik Akhil juga rajin untuk mengikuti kelas tuisyen berbayar selain belajar di sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum bergiat aktif dalam program PI/mengikuti kelas ICT di PI, adik Akhil tidak terdedah dengan penggunaan computer dan tidak mengenali ICT sama sekali. Hal ini demikian kerana adik Akhil hanya terdedah dengan penggunaan telefon pintar sahaja.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK, Adik Akhil merasa seronok bermain komputer dan mempelajari ICT. Adik Akhil tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet pada masa yang terluang. Walaupun jarak rumah sedikit jauh dari Pusat Internet, ia bukanlah kekangan yang menghalang adik Akhil dari mengunjungi dan mengikuti kelas yang diadakan. Hal ini demikian kerana ia merupakan ilmu dan pengetahuan yang baru bagi adik Akhil lebih-lebih lagi dia berjumpa dengan rakan-rakan yang lain di Pusat Internet.

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

 

  • Asas Komputer dan Sistem operasi
  • Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
  • Asas Internet (Browser/Emel/dll)
  • Paint
  • E-Pembelajaran
  • Kahoot
  • Canva
  • Quizizz

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Kelas, aktiviti dan program yang diadakan di PIK banyak menambah ilmu pengatahuan adik Akhil mengenai komputer dan ICT. Adik Akhil kini tidak lagi kekok memegang tetikus dan menaip. Hal ini demikian kerana kelas yang dihadirinya sedikit sebanyak mendekatkan diri adik Akhil dengan teknologi komputer dan pengetahuan tentang ICT. Adik Akhil juga mahir menggunakan Microsoft Office, Canva, Microsoft Publisher dan lain lagi. Selain itu, adik Akhil juga sering membuat ulangkaji secara dalam talian (online) kerana terbiasa mengikuti kelas e-pembelajaran di PIK Kg Hilir Maludam.

 

i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Akhil1  Akhil2

Adik Akhil aktif menghadiri kelas yang diadakan di PIK Hilir Maludam serta sentiasa memberikan komitmen yang baik.

 

ii. Produk / Hasil Transformasi

Akhil3

Mengikuti pertandingan poster pada tahun 2019

 

iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Akhil4  Akhil5

Adik Akhil aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PIK Hilir Maludam.

USAHAWAN 1

Nama : Siti Fauziana binti Mat

Alamat : Kampung Belakang Pasar Maludam

Umur : 32 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Fauziana atau lebih dikenali sebagai Puan Anna merupakan seorang surirumah tangga yang mempunyai 4 orang anak. Puan Anna tinggal di Kampung Belakang Pasar Maludam. Puan Anna merupakan salah seorang peniaga secara dalam talian (online) di Kampung Maludam. Beliau menjual biskut dan kuih-muih untuk santapan petang.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum bergiat aktif dengan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet, Puan Anna   kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan pembelajaran tentang ICT. Hal ini demikian kerana Puan Anna hanya terdedah dengan penggunaan telefon bimbit sahaja. Puan Anna juga tidak mengetahui cara untuk membuat kad bisnes serta perlabelan untuk memperluaskan lagi jualan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan di Pusat Internet Komuniti, Puan Anna mula menyedari betapa pentingnya pengetahuan yang meluas tentang penggunaan internet, komputer dan banyak lagi. Hal ini demikian internet dan pengetahuan tentang ICT memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tarikan pelanggan terhadap sesuatu jualan terutamanya jualan secara dalam talian (online)

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

 

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Canva

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Latihan keusahawanan yang dihadiri oleh Puan Anna di PIK sedikit sebanyak membantu beliau  dalam perniagaan atas talian (online). Hal ini demikian kerana Puan Anna lebih terdedah dengan tips pemasaran jualan serta mengetahui tips yang digunakan untuk menarik kepercayaan dan minat pelanggan. Penggunaan testimony pelanggan seperti yang diajar di PIK banyak membantu beliau dalam meraih kepercayaan pelanggan terhadap jualan beliau.Beliau juga mahir dalam membuat label kad dan perlabelan mengikut kreativiti beliau sendiri dengan bimbingan petugas.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Fauziana1  Fauziana2

Caption : Menghadiri latihan keusahawanan di PIK Hilir Maludam.

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

Fauziana3

Caption :  Puan Fauziana pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan My Shop dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan Mengarang Artikel golongan belia semasa program HBK 2019. 

 

iii) Promosi di Media Sosial

Fauziana4  Fauziana5

Caption : Promosi jualan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) iaitu di facebook Puan Fauziana sendiri dan facebook group kampung.

 

iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Fauziana6  Fauziana7

Caption : Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PIK Hilir Maludam.

USAHAWAN 2

Nama : Dayang Norbaizura binti Awang Hamidon

Alamat : Kampung Hulu Maludam

Umur : 32 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Dayang Norbaizura binti Awang Hamidon merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 orang anak. Puan Norbaizura kini berumur 32 tahun. Suami Puan Norbaizura pula merupakan seorang guru yang mengajar di SK Maludam. Puan Norbaizura sekeluarga tinggal di kuarters sekolah yang terletak di Kampung Hulu Maludam.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum terlibat dengan aktiviti yang diadakan di PIK, Puan Norbaizura hanya melakukan bisnesnya secara kecil-kecilan iaitu hanya dikenali dalam kelompok yang kecil sahaja. Puan Norbaizura kurang berminat dalam mendalami ilmu keusahawanan dan mempelajari ICT kerana tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan. Oleh hal yang demikian Puan Norbaizura hanya dikenali dalam kelompok pelanggan yang kecil sahaja iaitu Antara jiran-jiran dan dalam kalangan guru-guru sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas melibatkan diri dalam menyertai program dan aktiviti yang dijalankan di PIK Kampung Hilir Maludam, Puan Norbaizura berasa teruja untuk mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan jualan beliau. Beliau yang dulu tidak terfikir untuk berbisnes secara serius kini igin memperkembangkan lagi jualan beliau. Hal ini demikian kerana beliau telah melihat sesuatu yang cerah untuk masa depan beliau. Lebih-lebih lagi setelah mempelajari ilmu berkenaan dengan keusahawanan dan ICT di PIK Kampung Hilir Maludam.

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

 

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Canva

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Latihan dan aktiviti yang diadakan di PIK Kampung Hilir Maludam secara tidak langsung membantu Puan Norbaizura meningkatkan hasil jualannya. Hal ini demikian kerana jumlah kelompok pelanggan kecik dahulunya kini telah bertambah besar. Bisnes kad dan perlabelan yang telah diajarkan oleh petugas di PIK sedikit sebanyak membantu para pelanggan mengenali Puan Norbaizura yang menjual kek hari jadi yang pelbagai hiasan. Selain itu, Puan Norbaizura juga lebih bijak dalam pengurusan wang iaitu dari segi kiraan kos modal, untung dan sebagainya. Pengurusan wang amat penting untuk memastikan sesuatu bisnes berjalan dengan lancer tanpa ada masalah kewangan. Aktiviti ICT yang lain juga banyak membantu Puan Norbaizura dalam mengenali internet dan teknologi yang lebih mendalam. Walaupun suami Puan Norbaizura seorang guru, namun Puan Norbaizura kurang menggunakan laptop di rumahnya kerana tiada kepentingan untuk menggunakannya. Namun kini, Puan Norbaizura menyedari penggunaan laptop/komputer penting untuk pemasaran jualannya disebabkan storage telefon bimbit tidaklah sebesar laptop/komputer.

 

(i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
 
U2Q121.1   U2Q121.2
 
Caption : Menghadiri latihan keusahawanan di PIK Hilir Maludam.
 
 
(ii) Produk / Hasil Transformasi
 
U2Q121.3
 
Caption :  Puan Norbaizura mendapat sagu hati semasa mengikuti pertandingan video produk semasa HBK 2018.
 
 
(iii) Promosi di Media Sosial
 
U2Q121.4   U2Q121.5
 
Caption : Promosi perkhidmatan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) Puan Norbaizura sendiri.
 
 
(iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
 
U2Q121.6   U2Q121.7
 
Caption : Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PIK Hilir Maludam.
 

CELIK IT

Nama : Nur Aisya Sofea binti Masra

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 11 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Aisya merupakan murid tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Aisya tinggal di Kampung Hilir Maludam iaitu di belakang Pusat Internet Komuniti (PIK) Hilir Maludam. Adik Aisya telah mendaftar sebagai ahli PIK pada tahun 2017.  Adik Aisya juga merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Selain itu, adik Aisya merupakan seorang murid yang bijak membahagikan masa. Hal ini demikian kerana adik Aisya turut menghadiri kelas tuisyen luar selain belajar di sekolah walaupun aktif dengan aktiviti kokurikulum yang lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum bergiat aktif dengan program di PIK dan mengikuti kelas ICT di PIK, adik Aisya langsung tidak mengenali komponen komputer, fungsi-fungsi yang terdapat dalam komputer dan banyak lagi. Hal ini demikian kerana adik Aisya baru sahaja berumur 8 tahun semasa mendaftar menjadi ahli di PIK pada tahun 2017 yang lalu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan program dan kelas di PIK, Adik Aisya merupakan salah seorang murid yang sering mengunjungi PIK. Jarak rumah yang dekat dengan PIK memudahkan adik Aisya untuk mengikuti kelas dan menyertai program yang diadakan di PIK. Pada masa terluang, adik Aisya juga tidak ketinggalan untuk mengikuti setiap kelas yang diadakan di PIK. Pengetahuan dan ilmu baru yang didapati setelah menyertai kelas dan program yang diadakan di PIK menyebabkan adik Aisya menjadi pengunjung setia di PIK lebih-lebih lagi musim covid-19 ini. Hal ini demikian kerana mereka tidak dibenarkan ke sekolah dan hanya membuat latihan secara dalam talian sahaja. 

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

 

  • Asas Komputer dan Sistem operasi
  • Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
  • Asas Internet (Browser/Emel/dll)
  • Paint
  • E-Pembelajaran
  • Kahoot
  • Canva
  • Quizizz

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Kelas, aktiviti dan program yang diadakan di PIK banyak membantu dalam perkembangan teknologi dan ICT adik Aisya. Kini adik Aisya lebih menguasai serta memahami penggunaan komputer dan boleh menggunakan Microsoft Office dengan baik. Adik Aisya juga sudah mahir menaip dan menggunakan tetikus dengan mudah berbanding sebelum ini. Selain itu, adik Aisya juga sudah mampu untuk mengajar rakan-rakan yang lain yang kurang mahir dan masih baru dalam penggunaan komputer dan ICT semasa kelas diadakan. Adik Aisya juga sudah mahir dalam menjawab kuiz pelajaran dalam quizizz, menjawab kuiz ICT dalam kahoot serta membuat poster menggunakan canva.

 


i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

aisya1   aisya2

Adik Aisya aktif menghadiri kelas yang diadakan di PIK Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik.

 

 ii) Produk / Hasil Transformasi

aisya3

Mengikuti Pertandingan Video Kraftangan Kemerdekaan pada bulan Ogos yang lepas.

 

iii) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

aisya4   aisya5

aisya6

Adik Aisya aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PI Hilir Maludam.