Nama : Nurul Suhada Binti Noraizam

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 12 tahun

Tahun menjadi ahli : 2015

 

Latar belakang

Adik Suhada merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Maludam. Merupakan seorang yang aktif dalam sukan dan sangat mementingkan pelajaran.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet

Tidak berminat untuk belajar menggunakan komputer dan tidak tahu fungsi dan kelebihan internet. Tidak mengetahui perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet

Ibu kepada adik Suhada merupakan salah seorang daripada AJK PI dan bermula dari itulah adik Suhada mula sering mengunjungi PI setelah didaftarkan ibunya sebagai ahli Pusat Internet. Adik Suhada mula mengikuti sesi latihan di PI dan walaupun tidak ada kelas atau sesi latihan, adik Suhada lebih gemar menghabiskan masa di PI dengan melayari internet, membaca buku dan bermain permainan yang disediakan di PI. Adik Suhada kini aktif dan telah mahir menggunakan komputer dan Microsoft Office. Dia kini sudah mahir menggunakan enjin carian di internet untuk mencari maklumat dan bahan rujukan pelajaran.

 

Apa yang dipelajari di Pusat Internet

  • Asas Komputer dan Sistem Operasi
  • Microsoft Office (Word, Excel, Power Point, Publisher)
  • Asas Internet (Brooser, Email dan lain-lain)
  • Paint
  • Smart Draw
  • Asas Adobe Photoshop

 

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan / peningkatan tahap kemahiran ICT

Dengan adanya aktiviti dan program yang dijalankan di PI, banyak membantu proses kemahiran dan meningkatkan keyakinan adik Suhada. Adik Suhada kini lebih yakin dan mahir dalam menggunakan komputer dan dengan adanya latihan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

 

1. Bengkel Latihan ICT / Keusahawanan Yang Dihadiri

  

(Sentiasa memberikan komitmen yang baik dalam setiap sesi latihan yang dijalankan.)

 

2. Hasil Tranformasi / Produk

(Juara Word Search Atas Talian pada program bersempena sambutan Hari Merdeka)

 

3. Lain-lain (contoh : Proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

  

(Antara penglibatan Adik Suhada di Pusat Internet)

 

Nama : Dayang Nurhazwani Binti Awang Sarbini

 Alamat : Kampung Tengah Maludam

Umur : 22 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2016

 

 

Latar belakang

Merupakan seorang usahawan muda tempatan yang sangat meminati aktiviti perniagaan. Memulakan perniagaan selepas tamat tingkatan 6 dengan idea perniagaan sendiri. Pernah ditawarkan Program Ijazah Sarjana Muda di UNIMAS(Universiti Malaysia Sarawak) tetapi menolak kerana memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri walaupun bermula dari bawah dengan menggunakan modal dari ibu dan ayahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sepertimana yang kita sedia maklum, penggunaan internet kini semakin meluas dan di ibaratkan dunia tanpa sempadan/hujung jari. Tidak ketinggalan juga dalam kalangan remaja dimana kini sangat aktif menggunakan media sosial. Tidak kurang juga dengan adik Nurhazwani yang menjadikan media sosial sebagai medium mempromosikan produk dan jualan secara langsung.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah menghadiri kelas ICT di Pusat Internet barulah adik Nurhazwani menyedari kepentingan ilmu ICT lebih-lebih lagi apabila pencarian pekerjaan pada masa sekarang kebanyakannya adalah secara dalam talian. Menyedari turun naik perniagaan, adik Nurhazwani terpaksa akur untuk mencari kerja sebagai sumber pendapatan utama dan menjadikan perniagaannya sebagai pendapatan sampingan/tambahan. Setelah beberapa kali menghadiri sesi latihan, adik Nurhazwani mula mengisi pekerjaan secara dalam talian dan membuat Resume. Kini, dia sudah boleh menguasai penggunaan komputer termasuklah Microsoft Offices.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Adobe Photoshop

 

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT 

Dengan adanya ilmu yang diperolehi semasa sesi latihan dan tunjuk ajar petugas, adik Nurhazwani kini semakin berani mempelbagaikan produk jualannya. Dengan mengikuti kelas PJJ atas talian seperti yang telah dicadangkan oleh petugas, banyak resepi dan menu jualan yang diperolehinya. Disebabkan itu juga, pendapatan hariannya semakin bertambah dan kegiatan promosi secara terus di media sosial, menjadikan pelanggannya semakin ramai dari kawasan yang berdekatan.

 

       1.  Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

 

(Caption : Menghadiri kelas yang dijalankan dan sentiasa menjadikan PI sebagai tempat rujukan)

 

2.               Produk / Hasil Transformasi

 

(Caption :  Pemenang Pertandingan Menu Sajian Sihat sempena ProgramJom Sihat. Dengan bantuan internet, adik Nurhazwani mampu menyediakan sajian sihat yang sangat menepati citarasa Pegawai Pemakanan selaku Juri Pertandingan )

 

3.             Promosi di Media Sosial

  

  

 

(Caption : Promosi di media sosial. Juga menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk kawasan berdekatan antara sebab jualannya sentiasa menjadi pilihan komuniti)

 

4.                 Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

(Caption : Juga pernah menjadi Skuad Sukarelawan Pusat Internet)

 

 

 

Nama : Mohd Nadzil Fazharn Bin Johari

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 13 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2015

 

Latar belakang 

Mohd Nadzil Fazharn Bin Johari telah mula berdaftar sebagai ahli PI pada tahun 2015 di mana ketika itu dia masih bersekolah rendah dalam darjah 3. Sejak dari itu, dia sering mengunjungi PI sama ada bagi menghadiri latihan, menggunakan internet mahupun mengikuti setiap aktiviti PI. Dia sentiasa menghadiri setiap sesi latihan yang dijalankan dan telah berjaya menghabiskan latihan Microsoft Office dengan sangat baik.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet 

Seperti kanak-kanak lain adik Nadzil gemar menghabiskan masa dengan bermain aktiviti luar bersama rakan-rakan. Dia tidak menggunakan komputer dan tidak mengetahui fungsi dan kegunaan internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet

Setelah didaftarkan ibunya sebagai ahli PI, adik Nadzil menghadiri setiap kelas dan latihan yang diadakan pada hujung minggu. Bermula sejak itu dia mula minat mempelajari ICT bahkan sering berkunjung ke PI untuk menggunakan internet dan menjadikan internet sebagai sumber rujukan dalam pelajaran.

 

Apa yang dipelajari di Pusat Internet 

Asas Komputer dan Sistem Operasi

Microsoft Office (Word, Excel, Power Point, Publisher)

Asas Internet (Brooser, Email dan lain-lain)

Paint

Smart Draw

Asas Adobe Photoshop

 

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan / peningkatan tahap kemahiran ICT

Dengan menghadiri setiap kelas dan aktiviti di PI, adik Nadzil boleh mengendalikan komputer dengan sangat baik. Selain itu, dia mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sentiasa melontarkan idea yang bernas apabila aktiviti berkumpulan dijalankan. Dia mampu membuat pembentangan di hadapan petugas dan rakan-rakanannya dengan sangat baik.

 

1. Bengkel Latihan ICT / Keusahawanan Yang Dihadiri

  

(Adik Nadzil sentiasa komited menghadiri setiap kelas / latihan yang dijalankan)

 

2. Hasil Tranformasi / Produk

 

(Berjaya menjawap kuiz terbuka Advokasi dan juara pertandingan ICT online)

 

3. Lain-lain (contoh : Proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

  

(Antara akitiviti PI yang disertai adik Nadzil)

 

Nama : Ainun Syahidah Binti Halwie

 Alamat : Kampung Tengah Maludam

Umur : 24 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2018

 

Latar belakang 

Mula berjinak dalam dunia perniagaan pada tahun 2017. Bermula dengan hanya menjual pelbagai jenis air dan kini turut menjual pelbagai jenis nasi dan pilihan lauk, Western Food dan menjual pelbagai jenis minuman dengan pelbagai topping.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menu jualan terhad kepada seperti kebiasaan yang dijual oleh peniaga lain.Tidak pandai mengendalikan dan menggunakan komputer dan hanya fokus kepada media sosial sahaja.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya internet, ilmu yang dipelajari dan bantuan petugas, Ainun Syahidah kini sudah boleh mengendalikan komputer dengan baik dan menguasai Microsoft Offices dengan sangat baik. Pelbagai ideaperniagaan dan kreativiti dalam produk jualannya adalah dipelajari melalui internet melalui sumber Yutube,Facebook, dan kelas PJJ Online.

 

 

Apa yang dipelajari melalui PI

 

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • INTEL
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Adobe Photoshop

 

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Kemahiran ICT yang sangat baik dan Latihan Keusahawanan yang banyak membantu dalam perniagaan. Pendapatan hariannya mencecah RM300 sehari dengan adanya pelbagai jenis menu yang disediakan dimana dia adalah satu-satunya yang berani mencuba dan menjual menu lain daripada yang lain.

 

 

1. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

  

(Caption : Menghadiri sesi kelas/latihan)

 

 

2. Produk / Hasil Transformasi

 

 

3. Promosi di Media Sosial

    

(Caption : Antara jualannya di media sosial)

 

 

4. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

 

 

(Caption : Kursus Perniagaan kerjasama Pusat Internet dan Amanah Ikhtiar Malaysia)

 

NAMA: Hawadah Binti Mohd Kedri

ALAMAT: Kampung Hulu Maludam

UMUR: 33 tahun

TAHUN MENJADI AHLI: 2018

 

LATAR BELAKANG

Puan Hawadah merupakan seorang ibu tunggal dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan dan mula serius dalam bidang tersebut apabila perniagaannya mendapat sambutan yang agak memberansangkan bukan hanya dari komuniti setempat bahkan komuniti lain yang berdekatan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Produk keluaran, pembungkusan dan promosi adalah hanya dengan kaedah tradisional atau kaedah lama seperti kebiasaan usahawan tempatan yang lain. Hanya mempunyai ilmu asas keusahawanan dan kurang kreatif dalam mempelbagaikan produk.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Produk jualan meningkat dimana kini Puan Hawadah lebih kreatif dalam menyajikan juadah jualan dan mempelbagaikan kaedah sajian menu setelah menjadikan Enjin Carian dan Youtube sebagai rujukan utama. Kaedah jualan dan promosi di media sosial semakin aktif. Tag jualan, pembungkusan dan label jualan Puan Hawadah juga lebih menarik.

 

APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET

  1. Latihan Asas Komputer
  2. Latihan Asas Internet
  3. Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
  4. Latihan Keusahawanan
  5. Adobe Photoshop
  6. E-Dagang
  7. E-Kerajaan

 

BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ TAHAP KEMAHIRAN ICT

Dengan adanya perkhidmatan internet dan latihan ICT dan keusahawanan, kini usahawan/peniaga kecil-kecilan di tempat kami sudah terdedah dengan ilmu keusahawanan/perniagaan yang dapat dipraktikkan. Walaupun kami masih memerlukan banyak lagi kursus dan latihan tetapi dengan adanya PI ditempat kami sagat memudahkan dan memberi manfaat. 

 

l. Bengkel Latihan ICT/Keusahawanan Yang Dihadiri

  

Menghadiri sesi latihan(masih meneruskan latihan)

 

ll. Promosi Di Media Sosial

    

Mempromosikan Produk secara berterusan Di Media Sosial