Klinik kesihatan Maludam terletak 1 Kilometer dari jalan utama Kampung Maludam. Klinik ini mula ditubuhkan pada tahun 1978 secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Perkhidmatan yang disediakan di klinik ialah Unit Kesihatan Pesakit Luar dan Unit Kesihatan Ibu dan Anak serta Program Sanitasi dan Persekitaran. Klinik ini beroperasi pada setiap hari isnin hingga Jumaat bermula seawal 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.