NAMA : NURUL AIMAN BATRISYIA BINTI SARBINI ALAMAT: KAMPUNG TENGAH MALUDAM UMUR : 11 TAHUN TAHUN MENJADI AHLI : 2014 |
LATAR BELAKANG
Nurul Aiman Batrisyia merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Maludam dan kini di Tahun 5. Adik Batrisyia mula aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti Pusat Internet bermula pada tahun 2014 dan sehingga kini. Dia sering menjadi rujukan rakan-rakan yang lain ketika berada dalam kelas ICT dan merupakan juara bertahan dalam menaip pantas di mana menjadi pertandingan ini dijadikan acara tahunan Pusat Internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Adik Batrisyia sering mengunjungi Perpustakaan Desa Maludam untuk membaca dan meminjam buku. Dia tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mengenali komponen-komponen utama komputer.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Setelah menghadiri kelas ICT pertama, adik Batrisyia mula gemar mengunjungi Pusat Internet dan menjadikan Pusat Internet sebagai tempat rujukan dan sumber mencari maklumat. Adik Batrisyia mula menunjukkan minat dalam ICT dan sejak daripada itu adik Batrisyia tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri kelas ICT dan mengikuti program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet . Meskipun adik Batrisyia berjaya menguasai Microsoft Word, Microsoft Excel , Microsoft Powerpoint dan juga Microsoft Publisher dengan baik, adik Batrisyia tetap menghadiri setiap kelas yang diadakan dan membuat latihan yang diberikan dengan baik.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
1. Asas komputer/ Komponen & Sistem Operasi
2. Asas Microsoft Word
3. Membuat surat kiriman rasmi/tidak rasmi
4. Membuat kad ucapan
5. Membuat jadual
6. Asas Microsoft Excel
7. Asas Microsoft PowerPoint
8. Asas Microsoft Publisher
9. E-Pembelajaran
BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
Menguasai kemahiran ICT dengan baik.
i. Bengkel Latihan ICT yang dihadiri
Menghadiri setiap kelas dan latihan ICT yang diadakan
ii. Hasil Transformasi
Pembentangan Aktiviti: Kelebihan Pusat Internet menggunakan carta
iii. Penglibatan dalam Pusat Internet
Sering mendapat tempat dalam setiap pertandingan yang diadakan