Menurut sejarah, Kampung Maludam telah wujud antara tahun 1911 sehingga awal 1930an. Nama Maludam diambil sempena dengan nama penghuni pertama disini yang berbangsa iban. Pekerjaannya ialah menangkap ketam. Pada masa itu, ramai orang yang lalu di muara sungai Maludam dan terserempak dengan orang iban tersebut dan tertanya-tanya siapakah namanya. Ada diantara mereka yang memberitahu namanya ialah MALUDAM. Sejak dari itu, kampung ini dipanggil Kampung Maludam dan kekal sehingga hari ini.

Namun begitu, ada cerita lain yang menyatakan nama Maludam adalah dari kisah seorang lelaki pemalu yang bernama Adam. Lelaki ini akan bersembunyi disebalik semak setiap kali terlihat kelibat orang. Disebabkan sifatnya yang pemalu itulah dia menjadi sebutan ramai dengan sebutan (Malu..dam).

 

 

 

(Hasil temuduga dari Penduduk Kampung:Puan Hajijah Binti Hablon)