Nama: Habsah Binti Bedi

Umur: 33 Tahun

Alamat: Kampung Belakang Pasar Maludam

Tahun menjadi ahli: 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Habsah merupakan surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan atas talian untuk pelbagai produk kecantikan, produk kesihatan, pakaian dan tudung. Perniagaan yang dijalankan merupakan sumber pendapatan yang kedua bagi membantu suami memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak. Beliau mula menjinakkan diri dengan perniagaan atas talian semenjak menghadiri latihan dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Sebelum adanya penubuhan Pusat Internet , Puan Habsah sangat lemah dalam penggunaan komputer apalagi melayari internet. Bagi beliau, kemahiran dalam penggunaan komputer ataupun kemahiran ICT adalah untuk golongan berkerjaya tinggi sahaja.

 SELEPAS PENGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Kemahiran Puan Habsah sangat membanggakan dan sepanjang tempoh pembelajaran bagi beliau merupakan pengalaman yang sangat berharga. Penglibatan di Pusat Internet  bukan sahaja menjadikan beliau mahir dalam ICT bahkan menjadi beliau sebagai seorang usahawan yang berpengetahuan. Dengan adanya latihan dan aktiviti, perkara sebegini amat membantu Puan Habsah untuk lebih berkeyakinan lagi dalam mengusahakan produk beliau.

 APA YANG DIPELAJARI MELALUI PUSAT INTERNET

1. Latihan asas komputer

2. Latihan asas internet

3. Microsoft office (word/excel/powerpoint)

4. Latihan Keusahawanan

5. E-Dagang

6. E-Kerajaan

7. Adobe Photoshop

 BAGAIMANA PUSAT INTERNET  MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Dengan adanya latihan keusahawanan, asas komputer, penggunaan Microsoft Word dan sebagainya menjadikan Puan Habsah seorang yang berkebolehan dalam ICT. Ianya amat membantu beliau dalam mengembangkan perniagaan atas talian di mana pada awalnya Puan Habsah menggunakan kaedah jualan secara langsung yang amat memerlukan beliau menghabiskan masa dan tenaga untuk melariskan produk beliau. Dengan adanya latihan ICT yang dipelajari di Pusat Internet , Puan Habsah menjadi lebih kreatif dalam strategi perniagaan beliau.

 

BENGKEL/ LATIHAN KEUSAHAWANAN YANG DIHADIRI

Kelas dan Bengkel Dashboard yand diikuti Puan Habsah

 

PRODUK/ HASIL TRANSFORMASI

Juara menaip pantas

 

PROMOSI DI MEDIA SOSIAL

Promosi produk di laman media sosial Puan Habsah

 

LAIN-LAIN

 

Puan Habsah sangat aktif melibatkan diri dalam program anjuran Pusat Internet 

 

Nama: Mia Umairah Binti Amran

Umur: 7 tahun

Alamat: Kampung Hilir Maludam, 94950 Pusa, Sarawak

Tahun menjadi ahli: 2015

 

Latar Belakang

Adik Mia Umairah merupakan pelajar sekolah rendah yang berusia 7 tahun. Dia mula mengikuti latihan di Pusat Internet  sejak berumur 5 tahun lagi dan kini kemahiran komputernya adalah satu yang amat membanggakan.

Sebelum Pengunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet 

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet , adik Mia Umairah lebih gemar menghabiskan masa bermain dengan kawan-kawan dan menonton televisyen. Selain itu, adik Mia Umairah tidak mengetahui apa itu komputer bahkan tidak mengetahui cara-cara penggunaan komputer secara umumnya.

Selepas Pengunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet 

Bermula dengan mengikuti kakaknya ke Pusat Internet  untuk menghadiri kelas, adik Mia mula menunjukkan minat untuk belajar komputer dan meminta ibunya untuk mendaftarkan namanya sebagai ahli. Dua minggu pertama selepas menghadiri kelas, adik Mia Umairah sudah mampu mengenali nama komponen-komponen komputer. Setiap latihan yang diberikan oleh petugas, adik Mia Umairah mampu selesaikan dengan sangat baik. Kini, adik Mia Umairah sudah menguasai Microsoft Word dan masih dalam proses pembelajaran Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

Apa Yang Dipelajari Melalui Pusat Internet 

1. Asas Komputer/ Komponen dan Sistem Operasi

2. Asas Microsoft Word

3. Membuat kiriman surat rasmi/ tidak rasmi

4. Membuat kad ucapan

5. Membuat jadual

6. Asas Microsoft Excel

7. Asas Power Point

8. E-Pembelajaran

Bagaimana Pusat Internet  membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Penguasaan kemahiran komputer sangat baik dan selalu menjadi rujukan kawan-kawan lain.

 

i. Bengkel Dan Latihan ICT Yang Dihadiri

Adik Mia Umairah menghadiri setiap kelas dan latihan yang dijalankan

 

ii. Produk/ Hasil Transformasi

Adik Mia Umairah berjaya menghasilkan muka depan pengenalan diri mengikut kreativitinya sendiri

 

iii. Penglibatan Dalam Aktiviti Pusat Internet 

Adik Mia Umairah mendapat tempat pertama dalam pertandingan mewarna sempena sambutan kemerdekaan

 

Nama: Azizah Binti Ibrahim

Umur: 34 tahun

Alamat: Kampung Hulu Maludam

Tahun menjadi ahli: 2015

 

Puan Azizah merupakan peniaga karipap sejuk beku dan juga agen dropship bagi pelbagai jenis barangan dan sangat bergiat aktif dalam perniagaan. Pada peringkat awal perniagaannya, beliau hanya menjual karipap sejuk beku dan barangan lain dari rumah sahaja dan membuat penghantaran tempahan dalam kawasan kampung Maludam sahaja.

Bermulanya pada tahun 2015, Puan Azizah telah menjadi ahli Pusat Internet Hilir Maludam dan sering mengikuti kelas latihan ICT serta melibatkan diri dalam aktiviti dan program Pusat Internet Hilir Maludam. Sehingga kini, beliau aktif mempromosi produk jualannya di media sosial.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan Yang Dihadiri

Latihan dan kelas yang dihadiri 

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

 

Semakin aktif berniaga atas talian dengan berdaftar sebagai agen "dropship"  pelbagai produk

 

iii) Promosi di Media Sosial

Tempahan Karipap Sejuk Beku

Nama: Mohd. Aris Bin Roslie

Umur: 12 tahun

Alamat: Kampung Hilir Maludam

Tahun menjadi ahli: 2014

 

Latarbelakang

Mohd. Aris merupakan seorang murid yang masih menuntut di Sekolah Kebangsaan Maludam. Beliau berumur 12 tahun dan merupakan penduduk tetap di Kampung Hilir Maludam. Beliau merupakan seorang ahli yang aktif dan sentiasa mengunjungi  Pusat Internet  ketika di waktu lapang.

Sebelum Pengunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet 

Sebelum pengunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet , beliau banyak meluangkan masa lapang bersama rakan-rakan untuk bermain. Beliau mengulangkaji dan belajar menggunakan kaedah seperti berpandukan buku teks dan buku rujukan. Berkenaan dengan pengetahuan ICT, ternyata beliau tidak mengetahui bagaimana untuk menggunakan komputer dan kurang menyedari mengenai kepentingan ICT sepenuhnya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet 

Selepas wujudnya Pusat Internet  di Kampung Maludam, rutin harian masa lapang beliau turut berubah. Beliau lebih suka meluangkan masa lapang di Pusat Internet  selepas waktu persekolahan dan hujung minggu. Kelas dan latihan ICT yang disediakan di Pusat Internet banyak membantu beliau untuk menguasai penggunaan komputer dan memahami kepentingan ICT. Beliau juga menyedari internet kini adalah medium penting dalam kehidupan seharian. Bagi Mohd. Aris segalanya adalah sangat mudah dengan wujudnya internet. Pada pendapat beliau, kemahiran pengetahun ICT perlu didedahkan bermula dari peringkat sekolah rendah untuk membantu dalam proses pembelajaran yang lebih efektif.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet 

1. Mempelajari pengetahuan dan kemahiran komputer

2. Klik Dengan Bijak

3. Belajar menguasai pengetahuan asas mengenai Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint.

4. Mempelajari pengunaan internet seperti carian maklumat melalui Google, membuat akaun email, penggunaan Youtube dan sebagainya.

Bagaimana Pusat Internet  membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Dengan kewujudan Pusat Internet  di Kampung Maludam, kemudahan seperti ini banyak membantu masyarakat setempat untuk mempelajari kemahiran ICT di mana pembelajaran ini diberikan secara percuma dengan syarat menjadi ahli di Pusat Internet. Pada pandangan Mohd. Aris pula, pembelajaran berasaskan ICT dan teknologi merupakan satu kaedah yang sangat berkesan di samping menarik perhatian, menyeronokkan dan meningkatkan kebolehan dan pengetahuan pelajar lebih cepat. Perkhidmatan internet yang disediakan di Pusat Internet membolehkan ahlinya mengakses dan memperolehi maklumat berkaitan dengan pembelajaran dengan pantas, mudah dan menjimatkan masa. Oleh itu, Pusat Internet boleh dijadikan medan maklumat masa kini dalam membantu meningkatkan dari aspek ekonomi, sosio ekonomi, kemahiran penggunaan ICT dan sebagainya.

 

i.Bengkel Latihan Yang Dihadiri

Menghadiri setiap kelas dan latihan dan sekarang telah berdaftar mengikuti latihan INTEL

 

ii) Penglibatan dalam aktiviti Pusat Internet 

Aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti Pusat Internet 

Nama: Hasanah Binti Morni

Umur: 47 tahun

Alamat: Kampung Tengah Maludam

Tahun menjadi ahli: 2014

 

LATAR BELAKANG

Puan Hasanah merupakan seorang peniaga tempatan yang menjual pelbagai jenis bun/roti dengan pelbagai pilihan perisa. Puan Hasanah mempunyai sebuah kedai yang dinamakan sebagai " Bonda Corner". Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet  sejak tahun 2015 lagi dan sangat aktif mengikuti setiap latihan dan program yang dijalankan di Pusat Internet Hilir Maludam.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Pada peringkat awal, Puan Hasanah menjual roti bun dengan menghantar di kedai-kedai makan yang ada di Kampung Maludam di mana pelanggannya terdiri dari komuniti sekitarnya sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 

Setelah mengikuti latihan ICT dan melibatkan diri di dalam aktiviti dan program lain Pusat Internet Hilir Maludam, beliau kini aktif mempromosikan produk jualannya melalui media sosial dan pelanggannya sudah semakin ramai meliputi Kampung Semarang, Kampung Spinang dan juga Kampung Triso.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PUSAT INTERNET

1. Latihan asas komputer

2. Latihan asas internet

3. Microsoft Office (Word/Excel/PowerPoint)

4. Latihan Keusahawanan

5. E-Dagang

6. E-Kerajaan

BAGAIMANA PUSAT INTERNET  MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Dengan adanya penubuhan Pusat Internet  di Kampung Maludam, ianya banyak memberi impak kepada komuniti di Maludam dan sekitarnya terutama kepada pelajar dan usahawan tempatan untuk melebarkan perniagaan mereka melalui perniagaan atas talian. Kemudahan ini sedikit banyak telah membantu Puan Hasanah untuk mengembangkan perniagaan roti bun beliau dan meningkatkan penjanaan ekonomi beliau. Perniagaan atas talian telah membantu keluarga beliau untuk menampung keluarganya. Puan Hasanah juga semakin baik dalam penggunaan ICT dan telah memberi kesedaran kepadanya betapa penting penggunaan ICT untuk masa kini.

 

MENGHADIRI SESI LATIHAN YANG DIJALANKAN

 

ANTARA JENIS BUN YANG DIJUAL

 

PROMOSI DI LAMAN FACEBOOK

 

AKTIF MENGIKUTI SETIAP PERTANDINGAN DAN PERNAH MENYANDANG TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN KUIH MUIH TRADISIONAL