NAMA: SURI BTE ALLI ALAMAT: KAMPUNG HULU MALUDAM UMUR: 50 TAHUN TAHUN MENJADI AHLI: 2015 |
LATARBELAKANG
Puan Suri merupakan usahawan kecil-kecilan yang memiliki kedai runcit di hadapan rumahnya. Beliau turut menjual pelbagai kuih kering, biskut, kuih-muih basah dan sering mendapat tempahan dari pihak sekolah, jabatan dan orang kampung.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Membuat jualan secara langsung, tidak mahir menggunakan komputer, tidak mengetahui cara perniagaan atas talian dan tidak pernah mengikuti mana-mana latihan keusahawanan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Setelah mengikuti kelas asas ICT dan kelas keusahawanan serta aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau lebih aktif mempromosi produk jualannya dan jumlah peningkatan pelanggan semakin bertambah di samping mempunyai pelanggan tetap yang sering membuat tempahan secara atas talian.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
1. Latihan Asas Komputer
2.Latihan Asas Internet
3.Latihan Keusahawanan
4.Microsoft Office (WORD/EXCEL/POWERPOINT)
5.E-dagang
6.E-kerajaan
BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ TAHAP KEMAHIRAN ICT
Pusat Internet telah banyak membantu suri rumah, usahawan kecil, wanita dan remaja lepasan sekolah menjana pendapatan sampingan mahupan pendapatan utama dalam menampung kos perbelanjaan keluarga. Pusat Internet juga adalah salah satu kemudahan yang membantu komuniti setempat dalam aspek sosio ekonomi dan mempertingkatkan kemahiran ICT dan celik IT supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan.
I. BENGKEL LATIHAN ICT/ KEUSAHAWANAN YANG DIHADIRI
Menghadiri kelas dan latihan di Pusat Internet
II.HASIL TRANSFORMASI/PRODUK
Demonstrasi membuat keropok udang
III.PROMOSI DI MEDIA SOSIAL
Promosi produk jualan di Facebook beliau
IV.LAIN-LAIN/PENGLIBATAN
Kursus Keusahawanan bersama AIM dan Pusat Internet Hilir Maludam