Nama : Dayang Nurhazwani Binti Awang Sarbini

 Alamat : Kampung Tengah Maludam

Umur : 22 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2016

 

 

Latar belakang

Merupakan seorang usahawan muda tempatan yang sangat meminati aktiviti perniagaan. Memulakan perniagaan selepas tamat tingkatan 6 dengan idea perniagaan sendiri. Pernah ditawarkan Program Ijazah Sarjana Muda di UNIMAS(Universiti Malaysia Sarawak) tetapi menolak kerana memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri walaupun bermula dari bawah dengan menggunakan modal dari ibu dan ayahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sepertimana yang kita sedia maklum, penggunaan internet kini semakin meluas dan di ibaratkan dunia tanpa sempadan/hujung jari. Tidak ketinggalan juga dalam kalangan remaja dimana kini sangat aktif menggunakan media sosial. Tidak kurang juga dengan adik Nurhazwani yang menjadikan media sosial sebagai medium mempromosikan produk dan jualan secara langsung.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah menghadiri kelas ICT di Pusat Internet barulah adik Nurhazwani menyedari kepentingan ilmu ICT lebih-lebih lagi apabila pencarian pekerjaan pada masa sekarang kebanyakannya adalah secara dalam talian. Menyedari turun naik perniagaan, adik Nurhazwani terpaksa akur untuk mencari kerja sebagai sumber pendapatan utama dan menjadikan perniagaannya sebagai pendapatan sampingan/tambahan. Setelah beberapa kali menghadiri sesi latihan, adik Nurhazwani mula mengisi pekerjaan secara dalam talian dan membuat Resume. Kini, dia sudah boleh menguasai penggunaan komputer termasuklah Microsoft Offices.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Adobe Photoshop

 

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT 

Dengan adanya ilmu yang diperolehi semasa sesi latihan dan tunjuk ajar petugas, adik Nurhazwani kini semakin berani mempelbagaikan produk jualannya. Dengan mengikuti kelas PJJ atas talian seperti yang telah dicadangkan oleh petugas, banyak resepi dan menu jualan yang diperolehinya. Disebabkan itu juga, pendapatan hariannya semakin bertambah dan kegiatan promosi secara terus di media sosial, menjadikan pelanggannya semakin ramai dari kawasan yang berdekatan.

 

       1.  Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

 

(Caption : Menghadiri kelas yang dijalankan dan sentiasa menjadikan PI sebagai tempat rujukan)

 

2.               Produk / Hasil Transformasi

 

(Caption :  Pemenang Pertandingan Menu Sajian Sihat sempena ProgramJom Sihat. Dengan bantuan internet, adik Nurhazwani mampu menyediakan sajian sihat yang sangat menepati citarasa Pegawai Pemakanan selaku Juri Pertandingan )

 

3.             Promosi di Media Sosial

  

  

 

(Caption : Promosi di media sosial. Juga menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk kawasan berdekatan antara sebab jualannya sentiasa menjadi pilihan komuniti)

 

4.                 Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

(Caption : Juga pernah menjadi Skuad Sukarelawan Pusat Internet)