NAMA: Hawadah Binti Mohd Kedri
ALAMAT: Kampung Hulu Maludam
UMUR: 33 tahun
TAHUN MENJADI AHLI: 2018
LATAR BELAKANG
Puan Hawadah merupakan seorang ibu tunggal dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan dan mula serius dalam bidang tersebut apabila perniagaannya mendapat sambutan yang agak memberansangkan bukan hanya dari komuniti setempat bahkan komuniti lain yang berdekatan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Produk keluaran, pembungkusan dan promosi adalah hanya dengan kaedah tradisional atau kaedah lama seperti kebiasaan usahawan tempatan yang lain. Hanya mempunyai ilmu asas keusahawanan dan kurang kreatif dalam mempelbagaikan produk.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Produk jualan meningkat dimana kini Puan Hawadah lebih kreatif dalam menyajikan juadah jualan dan mempelbagaikan kaedah sajian menu setelah menjadikan Enjin Carian dan Youtube sebagai rujukan utama. Kaedah jualan dan promosi di media sosial semakin aktif. Tag jualan, pembungkusan dan label jualan Puan Hawadah juga lebih menarik.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
- Latihan Asas Komputer
- Latihan Asas Internet
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Latihan Keusahawanan
- Adobe Photoshop
- E-Dagang
- E-Kerajaan
BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ TAHAP KEMAHIRAN ICT
Dengan adanya perkhidmatan internet dan latihan ICT dan keusahawanan, kini usahawan/peniaga kecil-kecilan di tempat kami sudah terdedah dengan ilmu keusahawanan/perniagaan yang dapat dipraktikkan. Walaupun kami masih memerlukan banyak lagi kursus dan latihan tetapi dengan adanya PI ditempat kami sagat memudahkan dan memberi manfaat.
l. Bengkel Latihan ICT/Keusahawanan Yang Dihadiri
Menghadiri sesi latihan(masih meneruskan latihan)
ll. Promosi Di Media Sosial
Mempromosikan Produk secara berterusan Di Media Sosial