NAMA: Mohd Fairul Nizam Binti Sorjar
ALAMAT: Kampung Tengah Maludam
UMUR: 21 tahun
TAHUN MENJADI AHLI: 2018
LATAR BELAKANG
Fairul Nizam mula berkecimpung dalam bidang pertanian dan penternakan sejak berusia 12 tahun lagi. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan penternakan dan niat ingin membantu kedua ibu dan bapanya, Fairul Nizam nekad untuk berhenti sekolah ketika di dalam Tingkatan 4. Sejak dari itu, dia mula bertanam dan menternak itik. Cili, sayur-sayuran, itik dan telur masinnya sangat dikenali oleh komuniti setempat. Melihat dari permintaan pelanggan yang semakin meningkat, Fairul Nizam mula aktif mengikuti kursus pertanian sejak tahun lepas.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Pelanggannya terdiri daripada komuniti tempatan sahaja dan fokus kepada pertanian dan penternakan. Tidak terdedah dengan jualan atas talian secara khusus dan ilmu pertanian/penternakan hanya dipelajari daripada kedua-ibu bapanya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Setelah mula mengikuti kelas ICT dan Latihan Keusahawanan, Fairul Nizam kini sering berkunjung ke Pusat Internet untuk membuat rujukan di laman carian dan Youtube. Dia mula mempelbagaikan produk jualannya antaranya cili boh dan sambal cili yang telah dibuatnya sendiri berpandukan yang dipelajari melalui Youtube. Selain itu, dia juga mula mengeluarkan Jem buah Rossel yang sangat digemari oleh penduduk tempatan. Disebabkan itu, dia mula bertekad untuk mengikuti kursus dan latihan dalam bidang berkenaan. Malahan, pelanggannya kini mula bertambah malahan ramai pelanggan dari Semenanjung Malaysia yang membeli benih cili & cili daripada nya.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
- Latihan Asas Komputer
- Latihan Asas Internet
- Microsoft Offices (word/excel/power point/publisher)
- Latihan Keusahawanan
- Adobe Photoshop
- E-Dagang
- E-Kerajaan
BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ TAHAP KEMAHIRAN ICT
PI banyak mendorong Fairul Nizam untuk mengikuti kursus dan latihan didalam bidang yang berkenaan. Dengan adanya kemudahan internet dan latihan yang ditawarkan , menjadikan usahawan tempatan lebih kreatif dan produktif dalam megeluarkan produk. Bahkan bukan sahaja berkemahiran dalam perniagaan malahan juga dalam bidang ICT.
l. Bengkel Latihan ICT/Keusahawanan Yang Dihadiri
Sesi latihan (masih meneruskan sesi latihan)
ll. Promosi Di Media Sosial
Promosi Produk di Media Sosial