Nama : Nurul Suhada Binti Noraizam

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 12 tahun

Tahun menjadi ahli : 2015

 

Latar belakang

Adik Suhada merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Maludam. Merupakan seorang yang aktif dalam sukan dan sangat mementingkan pelajaran.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet

Tidak berminat untuk belajar menggunakan komputer dan tidak tahu fungsi dan kelebihan internet. Tidak mengetahui perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet

Ibu kepada adik Suhada merupakan salah seorang daripada AJK PI dan bermula dari itulah adik Suhada mula sering mengunjungi PI setelah didaftarkan ibunya sebagai ahli Pusat Internet. Adik Suhada mula mengikuti sesi latihan di PI dan walaupun tidak ada kelas atau sesi latihan, adik Suhada lebih gemar menghabiskan masa di PI dengan melayari internet, membaca buku dan bermain permainan yang disediakan di PI. Adik Suhada kini aktif dan telah mahir menggunakan komputer dan Microsoft Office. Dia kini sudah mahir menggunakan enjin carian di internet untuk mencari maklumat dan bahan rujukan pelajaran.

 

Apa yang dipelajari di Pusat Internet

  • Asas Komputer dan Sistem Operasi
  • Microsoft Office (Word, Excel, Power Point, Publisher)
  • Asas Internet (Brooser, Email dan lain-lain)
  • Paint
  • Smart Draw
  • Asas Adobe Photoshop

 

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan / peningkatan tahap kemahiran ICT

Dengan adanya aktiviti dan program yang dijalankan di PI, banyak membantu proses kemahiran dan meningkatkan keyakinan adik Suhada. Adik Suhada kini lebih yakin dan mahir dalam menggunakan komputer dan dengan adanya latihan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

 

1. Bengkel Latihan ICT / Keusahawanan Yang Dihadiri

  

(Sentiasa memberikan komitmen yang baik dalam setiap sesi latihan yang dijalankan.)

 

2. Hasil Tranformasi / Produk

(Juara Word Search Atas Talian pada program bersempena sambutan Hari Merdeka)

 

3. Lain-lain (contoh : Proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

  

(Antara penglibatan Adik Suhada di Pusat Internet)