NAMA : NURAMALINA BTE HASSAN ALAMAT : KAMPUNG HULU MALUDAM UMUR : 20 TAHUN TAHUN MENJADI AHLI : 2016 |
LATARBELAKANG
Amalina merupakan salah seorang belia yang menjalankan perniagaan sebagai pendapatan utama di Kampung Maludam.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Mengadakan jualan secara langsung di gerai milik keluarga.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Selepas mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet, Amalina kini lebih aktif mempromosi produk jualannya di media sosial seperti di Laman Facebook dan sudah mempunyai pelanggan tetap setiap hari. Amalina juga menyediakan perkhidmatan "Cash On Delivery" dan lebih mahir serta teratur dalam menjalankan perniagaan produk beliau.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
1.Latihan Asas Komputer
2.Latihan Asas Internet
3. Microsoft (Word/Excel/PowerPoint)
4. Latihan Keusahawanan
5. E-Dagang
6. E-Kerajaan
BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ TAHAP KEMAHIRAN ICT
Latihan Keusahawanan yang diadakan secara percuma di Pusat Internet amat membantu peniaga atau usahawan kecil untuk mengikuti kelas ICT dan Modul Keusahawanan dalam menjalankan perniagaan dengan kaedah yang betul, mesra pelanggan, lebih kreatif serta membantu mendapatkan lebih banyak pelanggan di masa akan datang.
I.BENGKEL LATIHAN ICT/KEUSAHAWANAN YANG DIHADIRI
Sesi latihan keusahawanan di Pusat Internet
II.PROMOSI DI MEDIA SOSIAL
Aktif mempromosi produk jualan di Facebook
III.LAIN-LAIN/PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI
Program Pembangunan Modal Insan ( Slot KDB)