CELIK IT
Nama : Siti Suhaidha binti Suhardi
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 12 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2017
Latar belakang
Adik Suhaidha merupakan murid tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Suhaidha telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2017. Adik Suhaidha merupakan seorang murid yang bijak dalam menguruskan masa. Hal ini demikian kerana adik Suhaidha bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Adik Suhaidha tidak pernah mengabaikan pelajarannya walaupun aktif dalam kokurikulum.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum bergiat aktif dalam program PI/mengikuti kelas ICT di PI, adik Suhaidha tidak pandai menggunakan komputer serta tidak memahami sebarang fungsi dan kegunaan komputer. Adik Suhaidha hanya tahu untuk menggunakan youtube sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI, Adik Suhaidha lebih gemar menghabiskan masa di PI bersama adiknya. Pada masa lapang, adik Suhaidha akan mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh petugas. Kini adik Suhaidha lebih menguasai serta memahami penggunaan komputer dan boleh menggunakan Microsoft Office dengan baik. Adik Suhaidha juga lebih lancar menaip menggunakan papan kekunci berbanding sebelum ini. Selain itu, adik Suhaidha turut menguasai penggunaan enjin carian di internet untuk mencari maklumat serta bahan rujukan pelajaran. Adik Suhaidha juga sering mengikuti perkembangan yang terdapat di PI.
Apa yang dipelajari melalui PI
• Asas Komputer dan Sistem operasi
• Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
• Asas Internet (Browser/Emel/dll)
• Paint
• E-Pembelajaran
• Kahoot
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Aktiviti dan program yang diadakan di PI banyak membantu proses kemahiran adik Suhaidha. Adik Suhaidha sedikit sebanyak mengenali asas-asas komputer seperti komponen yang terdapat pada komputer. Adik Suhaidha juga kini mampu menggunakan komputer dengan lebih baik. Selain itu, adik Suhaidha juga semakin yakin menggunakan Microsoft Office semasa mengikuti kelas yang diadakan oleh petugas di Pusat Internet Hilir Maludam.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
(Adik Suhaidha aktif menghadiri kelas yang diadakan di PI Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik)
ii) Produk / Hasil Transformasi
(Membuat kad ucapan "Happy Birthday" semasa kelas Microsoft Publisher.)
iii) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
(Adik Suhaidha aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PI Hilir Maludam.)