Nama : Junaidah Binti Shamsu
Alamat : Kampung Hulu Maludam
Umur : 31 tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Puan Junaidah merupakan seorang surirumah tangga dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan sampingan bagi membantu suaminya. Menjual pelbagai jenis kuih-muih pada waktu pagi di pondok jualan yang dibina dihadapan rumahnya. Manakala pada sebelah petang pula, Puan Junaidah akan menjual pelbagai jenis roti. Telah berkecimpung hampir 2 tahun dalam bidang perniagaan, Turut menjadikan media sosial sebagai medium promosi jualan menyebabkan perniagaannya semakin maju dan semakin ramai pelanggannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Junaidah sangat yakin dengan menjalankan perniagaan kuih-muih dan roti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban suaminya. Sebelum bergerak aktif dalam setiap program dan aktiviti PI dan sebelum mengikuti latihan yang dijalankan di PI, pengetahuan Puan Junaidah mengenai perniagaan sangat terhad. Jenis kuih-muih yang dijual pula terhad kepada kuih tradisional yang biasa didapati bahkan hanya menjual dalam kuantiti yang terhad setiap hari kerana khuatir jualannya tidak habis dijual.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas aktif mengikuti program PI dan menghadiri latihan yang dijalankan di PI, perniagaan Puan Junaidah semakin berkembang dengan menyediakan pelbagai jenis menu kuih baru yang banyak diperolehi melalui carian di internet dan Youtube. Malah kini Puan Junaidah semakin mahir menjalankan perniagaan setelah mempelajari ilmu perniagaan melalui Latihan Keusahawanan yang dihadiri. Dengan adanya promosi yang berlanjutan di media sosial juga menyebabkan pelanggannya semkain bertambah dan permintaan terhadap jualannya juga semakin meningkat.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Latihan asas komputer
- Latihan Asas interntet
- Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
- Latihan Keusahawanan
- E-dagang
- E-Kerajaan
- Adobe Photoshop
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Dengan adanya kemudahan internet dan komputer di PI dan juga latihan yang diberikan secara percuma, banyak membantu meningkatkan jualan perniagaan Puan Junaidah. Selain itu dengan adanya latihan berkumpulan dan pembentangan yang diadakan semasa sesi latihan membantu meningkatkan keyakinan Puan Junaidah. Menjadikan sesi latihan sebagai sesi perkongsian idea perniagaan dengan rakan-rakan yang lain membantu Puan Junaidah mempelbagaikan produk dan bersemangat untuk menambahbaik dan memperkembangkan perniagaan yang sedia ada.
1. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
(Antara sesi latihan yang dihadiri Puan Junaidah)
2. Promosi di Media Sosial
(Promosi produk jualan di media sosial,Facebook)
3. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
(Antara program yang diikuti Puan Junaidah di Pusat Internet)