CELIK IT
Nama : Nur Tania Ayuni binti Sani
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 10 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2017
Latar belakang
Adik Tania merupakan murid tahun 4 yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Tania tinggal di Kampung Hilir Maludam iaitu berdekatan dengan Pusat Internet. Adik Tania telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2017. Adik Tania merupakan paling bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Selain itu, adik Tania juga merupakan seorang murid yang pandai menguruskan masa hariannya. Dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya walaupun sering melibatkatkan diri dengan kelas di Pusat Internet dan bermain bersama-sama rakan-rakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum bergiat aktif dalam program PI/mengikuti kelas ICT di PI, adik Tania langsung tidak mengenali komponen komputer, fungsi-fungsi yang terdapat dalam komputer dan lain lagi. Dalam kata mudahnya adik tania “zero” ilmu berkaitan dengan ICT dan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI, Adik Tania sering menghabiskan masa di PI bersama rakan-rakannya. Jarak rumah yang dekat dengan Pusat Internet memudahkan adik Tania untuk mengikuti dan menyertai program yang diadakan di Pusat Internet. Pada masa terluang, adik Tania tidak ketinggalan akan mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh petugas di PI. Kini adik Tania lebih menguasai serta memahami penggunaan komputer dan boleh menggunakan Microsoft Office dan Canva dengan baik. Adik Tania juga lebih lancar menaip dan menggunakan tetikus dengan mudah berbanding sebelum ini. Hal ini demikian kerana sebelum ini adik Tania sangat lambat mencari huruf di papan kekunci dan sangat sukar untuk menggerakkan tetikus. Selain itu, adik Tania juga sudah mampu untuk mengajar rakan-rakan yang lain yang kurang mahir dalam penggunaan komputer dan ICT semasa kelas diadakan.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan program yang diadakan di PI banyak menambah ilmu pengatahuan adik Tania mengenai komputer dan ICT. Adik Tania sedikit sebanyak mengenali asas-asas komputer seperti komponen yang terdapat pada komputer serta fungsi-fungsi yang terdapat dalam komputer. Selain itu, adik Tania kini sudah mahir menggunakan Microsoft Office, menggunakan enjin carian dengan baik dan banyak lagi.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Adik Tania aktif menghadiri kelas yang diadakan di PI Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik.
ii) Produk / Hasil Transformasi
Mengikuti Pertandingan Video Kraftangan Kemerdekaan pada bulan Ogos yang lepas.
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Adik Tania aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PI Hilir Maludam.