USAHAWAN 2
Nama : Mohd Firas bin Mohd Jais
Alamat : Kampung Seberang Maludam
Umur : 23 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2019
Latar belakang
Encik Firas merupakan seorang usahawan yang tinggal di Kampung Seberang Maludam. Beliau memiliki sebuah kedai mini gunting rambut yang terletak bersebelahan sahaja dengan rumah kediamannya di Kampung Seberang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan aktiviti yang diadakan di PI, Encik Firas kurang menggunakan media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan gunting rambut beliau. Hal ini demikian kerana beliau tidak melihat kepentingan internet dan media sosial sebagai saluran untuk meningkatkan tarikan dan kepercayaan para pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas bergiat aktif dengan aktiviti dan program yang dianjurkan di PI, Encik Firas jelas menyedari betapa pentingnya media sosial dalam meraih kepercayaan pelanggan untuk mencuba perkhidmatan gunting rambut beliau. Hal ini demikian kerana gambar-gambar style rambut yang dimuat naik oleh Encik Firas dalam laman sosial menjadikan ramai yang datang untuk gunting rambut di kedai beliau.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Latihan asas komputer
- Latihan Asas interntet
- Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
- Latihan Keusahawanan
- E-dagang
- E-Kerajaan
- Canva
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Latihan keusahawanan yang diadakan di PI sedikit sebanyak membantu Encik Firas dalam perniagaan beliau. Lebih-lebih lagi dalam aspek kreativiti dalam memuat naik gambar-gambar di media sosial. Hal ini demikian kerana kini Encik Firas lebih mengambil berat teknik gambar untuk menarik perhatian dan kepercayaan penduduk kampung Maludam dan sekitarnya. Kini lebih ramai pelanggan yang mempercayai dan berpuas hati dengan perkhidamatan yang dijalankan oleh Encik Firas. Harga yang dikenakan juga berbaloi dengan hasil kerja beliau. Encik Firas juga mempelajari cara untuk membuat poster dan cover photo untuk kedai mini beliau menggunakan canva.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Menghadiri latihan keusahawanan di PI Hilir Maludam
ii) Produk / Hasil Transformasi
Encik Firas mengikuti pertandingan video produk dan upload produk dalam myshop semasa HBK 2019. Beliau mendapat tempat kedua untuk kedua-dua pertandingan tersebut.
iii) Promosi di Media Sosial
Promosi perkhidmatan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) iaitu di facebook group kampung Maludam
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PI Hilir Maludam.