USAHAWAN 1
Nama : Siti Fauziana binti Mat
Alamat : Kampung Belakang Pasar Maludam
Umur : 32 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2014
Latar belakang
Puan Fauziana atau lebih dikenali sebagai Puan Anna merupakan seorang surirumah tangga yang mempunyai 4 orang anak. Puan Anna tinggal di Kampung Belakang Pasar Maludam. Puan Anna merupakan salah seorang peniaga secara dalam talian (online) di Kampung Maludam. Beliau menjual biskut dan kuih-muih untuk santapan petang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum bergiat aktif dengan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet, Puan Anna kurang terdedah dengan penggunaan komputer dan pembelajaran tentang ICT. Hal ini demikian kerana Puan Anna hanya terdedah dengan penggunaan telefon bimbit sahaja. Puan Anna juga tidak mengetahui cara untuk membuat kad bisnes serta perlabelan untuk memperluaskan lagi jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan di Pusat Internet Komuniti, Puan Anna mula menyedari betapa pentingnya pengetahuan yang meluas tentang penggunaan internet, komputer dan banyak lagi. Hal ini demikian internet dan pengetahuan tentang ICT memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tarikan pelanggan terhadap sesuatu jualan terutamanya jualan secara dalam talian (online).
Apa yang dipelajari melalui PIK
- Latihan asas komputer
- Latihan Asas interntet
- Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
- Latihan Keusahawanan
- E-dagang
- E-Kerajaan
- Canva
Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Latihan keusahawanan yang dihadiri oleh Puan Anna di PIK sedikit sebanyak membantu beliau dalam perniagaan atas talian (online). Hal ini demikian kerana Puan Anna lebih terdedah dengan tips pemasaran jualan serta mengetahui tips yang digunakan untuk menarik kepercayaan dan minat pelanggan. Penggunaan testimony pelanggan seperti yang diajar di PIK banyak membantu beliau dalam meraih kepercayaan pelanggan terhadap jualan beliau.Beliau juga mahir dalam membuat label kad dan perlabelan mengikut kreativiti beliau sendiri dengan bimbingan petugas.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Caption : Menghadiri latihan keusahawanan di PIK Hilir Maludam.
ii) Produk / Hasil Transformasi
Caption : Puan Fauziana pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan My Shop dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan Mengarang Artikel golongan belia semasa program HBK 2019.
iii) Promosi di Media Sosial
Caption : Promosi jualan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) iaitu di facebook Puan Fauziana sendiri dan facebook group kampung.
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Caption : Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PIK Hilir Maludam.