CELIK IT
Nama : Akhil Danial bin Nerawi
Alamat : Kampung Tengah Maludam
Umur : 12 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2019
Latar belakang
Adik Akhil merupakan murid tahun 6 yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Akhil tinggal di Kampung Tengah Maludam. Adik Akhil telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2019. Adik Akhil juga merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Adik Akhil merupakan seorang murid yang tidak mengabaikan pelajarannya walaupun aktif bersukan iaitu bermain ragbi dan bola sepak di peringkat sekolah. Adik Akhil juga rajin untuk mengikuti kelas tuisyen berbayar selain belajar di sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum bergiat aktif dalam program PI/mengikuti kelas ICT di PI, adik Akhil tidak terdedah dengan penggunaan computer dan tidak mengenali ICT sama sekali. Hal ini demikian kerana adik Akhil hanya terdedah dengan penggunaan telefon pintar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK, Adik Akhil merasa seronok bermain komputer dan mempelajari ICT. Adik Akhil tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet pada masa yang terluang. Walaupun jarak rumah sedikit jauh dari Pusat Internet, ia bukanlah kekangan yang menghalang adik Akhil dari mengunjungi dan mengikuti kelas yang diadakan. Hal ini demikian kerana ia merupakan ilmu dan pengetahuan yang baru bagi adik Akhil lebih-lebih lagi dia berjumpa dengan rakan-rakan yang lain di Pusat Internet.
Apa yang dipelajari melalui PIK
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Quizizz
Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan program yang diadakan di PIK banyak menambah ilmu pengatahuan adik Akhil mengenai komputer dan ICT. Adik Akhil kini tidak lagi kekok memegang tetikus dan menaip. Hal ini demikian kerana kelas yang dihadirinya sedikit sebanyak mendekatkan diri adik Akhil dengan teknologi komputer dan pengetahuan tentang ICT. Adik Akhil juga mahir menggunakan Microsoft Office, Canva, Microsoft Publisher dan lain lagi. Selain itu, adik Akhil juga sering membuat ulangkaji secara dalam talian (online) kerana terbiasa mengikuti kelas e-pembelajaran di PIK Kg Hilir Maludam.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Adik Akhil aktif menghadiri kelas yang diadakan di PIK Hilir Maludam serta sentiasa memberikan komitmen yang baik.
ii. Produk / Hasil Transformasi
Mengikuti pertandingan poster pada tahun 2019
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Adik Akhil aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PIK Hilir Maludam.