CELIK IT

Nama : Maslina binti Rajali

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 49 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Maslina binti Rajali merupakan ibu kepada 3 orang ank. Beliau tinggal di Kampung Hilir Maludam. Selain itu, Puan Maslina juga merupakan seorang guru KAFA yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hua Meludam yang terletak di Kampung Belakang Pasar Maludam. Puan Maslina kini berumur 49 tahun dan telah menjadi ahli PEDi Kampung Hilir Maludam sejak tahun 2014 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, Puan Maslina kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Hal ini demikian kerana Puan Maslina tidak memiliki komputer ataupun komputer riba di rumah mahupun di tempat kerja pada awal-awal penglibatan di PEDi. Segala kerja yang dilakukan oleh Puan Maslina kebanyakannya adalah secara manual sahaja. Puan Maslina juga tidak terdedah dengan Microsoft Office, PDF dan banyak lagi yang berkaitan dengan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2014 iaitu pada tahun pembukaan dan perasmian PEDi Kampung Hilir Maludam yang dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) pada masa tersebut, Puan Maslina banyak mendapat ilmu baru yang berkaitan dengan komputer. Walaupun telah lama menjadi ahli PEDi, namun Puan Maslina masih lagi aktif mengunjungi serta mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDi sekiranya ada masa terluang. Hal ini demikian kerana PEDi telah menjadi salah satu tempat untuk beliau menambah ilmu berkaitan komputer.

 

Apa yang dipelajari melalui PEDi

  •  Asas Komputer dan Sistem operasi
  •  Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
  •  Asas Internet (Browser/Emel/dll)
  •  Paint
  •  E-Pembelajaran
  •  Canva
  •  Google Meet
  •  Zoom Meet
  •  Email
  •  Print
  •  Scan

 

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi Kampung Hilir Maludam banyak membantu Puan Maslina meningkatkan kemahiran ICT beliau terutamanya pendedahan dan penggunaan Microsoft Offices. Hal ini demikian kerana kini hampir semua kerja melibatkan penggunaan komputer. Puan Maslina yang merupakan guru KAFA sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja hakiki beliau dengan menggunakan komputer seperti email, Microsoft Word, zoom meet dan banyak lagi.

 

i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

SS CELIK IT Q2 2023.1 SS CELIK IT Q2 2023.2

Caption : Puan Maslinaaktif mengikuti kelas menaip di PEDi Kg Hilir Maludam.

 

ii. Produk / Hasil Transformasi

SS CELIK IT Q2 2023.3 SS CELIK IT Q2 2023.4

Caption :  Puan Maslina mengikuti pertandingan yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.

 

iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

SS CELIK IT Q2 2023.5 SS CELIK IT Q2 2023.6

Caption : Puan Maslina mengikuti aktiviti lain-lain yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.