CELIK IT
Nama : Intan Safira binti Adnan Jong
Alamat : Kampung Belakang Pasar Maludam
Umur : 13 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2016
Latar belakang
Intan Safira binti Adnan Jong merupakan anak sulung dalam keluarga. Adik Intan kini berumur 13 tahun dan bersekolah di SMK Beladin sebagai pelajar di Tingkatan 1. Adik Intan tinggal di Kampung Belakang Pasar Maludam. Adik Intan telah mendaftarkan diri menjadi ahli PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2016.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, adik Intan banyak membuang masa dengan bermain bersama rakan-rakannya. Selain itu, adik Intan juga tidak terdedah dengan penggunaan komputer. Oleh hal yang demikian, adik Intan kurang mahir menggunakan komputer dan kurang mengenal asas-asas ICT seperti microsoft office dan lain lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam, adik Intan mula berjinak-jinak mengikuti kelas dan program yang diadakan. Adik Intan juga mulai mahir menggunakan komputer. Bukan itu sahaja, adik Intan juga kini mahir menggunakan microsoft office. Selain itu, adik Intan juga memanfaatkan komputer dan internet yang disediakan di PEDi untuk membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Origami
- Google Meet
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Program, kelas dan aktiviti yang diikuti oleh adik Intan di PEDi banyak membantu adik Intan dari segi kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Hal ini demikian kerana adik Intan yang pada mulanya “zero” ilmu mengenai komputer dan internet kini sudahpun mengenali dan mahir mengendalikan microsoft office, kahoot, canva dan banyak lagi. Yang terbaru ialah adik Intan sudah mulai mahir menggunakan google meet. Rentetan dari penularan wabak Covid-19 yang melanda negara, ramai pelajar tertejas akibat sesi pembelajaran secara keseluruhannya adalah dijalankan secara dalam talian. Oleh sebab itu, adik Intan meminta tunjuk ajar petugas PEDi untuk menggunakan google meet bagi menghadiri kelas secara dalam talian.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Adik Intan masih aktif menghadiri kelas yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam walaupun kini telah duduk di asrama SMK Beladin.
ii. Produk / Hasil Transformasi
Salah satu hasil yang dibuat oleh adik Intan iaitu kad hari lahir dengan menggunakan Microsoft Publisher pada tahun 2021 yang lepas iaitu semasa adik Intan darjah 6.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Adik Ainul aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam seperti quizziz dan HBK.