CELIK IT

Nama : Nur Shukina binti Hamraz

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 11 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2022

 

Latar belakang

Adik Nur Shukina binti Hamraz atau lebih dikenali sebagai Sue merupakan pelajar tahun 5 yang bersekolah di SK Maludam. Adik Sue tinggal di Kampung Hilir Maludam. Adik Sue juga merupakan anak yang kedua daripada 3 adik beradik. Adik Sue telah mendaftar menjadi ahli NADI Kampung Hilir Maludam pada tahun 2022.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum bergiat aktif dalam program NADI/mengikuti kelas ICT di NADI, adik Sue banyak meluangkan masa dengan bermain bersama rakan-rakan yang lain. Adik Sue juga tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan kurang berpengetahuan mengenai ilmu ICT. Hal ini demikian kerana di rumah adik Sue juga tidak memiliki sebarang laptop mahupun komputer. Selain itu, adik Sue juga kurang didedahkan dengan penggunaan komputer semasa di sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Semenjak menjadi ahli NADI Kg Hilir Maludam pada tahun 2022, adik Sue sering mengunjungi NADI Kampung Hilir Maludam. Hal ini demikian kerana lokasi NADI Maludam yang terletak tidak jauh daripada rumahnya. Kini, adik Sue sudah mahir menggunakan komputer serta peningkatan dalam ilmu ICT. Adik Sue juga sering mengikuti kelas, pertandingan dan aktiviti yang dijalankan di NADI bersama rakan-rakan yang lain. 

 

Apa yang dipelajari melalui NADI

  •  Asas Komputer dan Sistem operasi
  •  Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
  •  Asas Internet (Browser/Emel/dll)
  •  Paint
  •  E-Pembelajaran
  •  Kahoot
  •  Canva
  •  Origami
  •  Google Meet
  •  Quizziz
  •  STEM-IoT

 

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI banyak membantu adik Sue meningkatkan kemahiran ICTnya. Kini, adik Sue mahir menggunakan Microsoft office seperti Microsoft word dan Microsoftexcel. Adik Sue juga mahir untuk menjawab kuiz secara dalam talian menggunakan kahoot, quizziz dan lain lagi. Selain itu, adik Sue juga sering membuat aktiviti STEM-IoT bersama rakan-rakan yang lain.

 

i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

SS CELIK IT Q2 2024.1 SS CELIK IT Q2 2024.2

Caption : Adik Sue aktif mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI Kg Hilir Maludam.

 

ii. Produk / Hasil Transformasi

SS CELIK IT Q2 2024.3

Caption :  Antara hasil pembelajaran adik Sue sepanjang megikuti kelas di NADI Maludam

 

iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb) 

SS CELIK IT Q2 2024.4

Caption : Antara aktiviti STEM yang diikuti oleh adik Sue bersama rakan-rakan yang lain.