Maludam sinonim dengan keindahan alam semulajadi dengan adanya Taman Negara Maludam serta makanan dan keunikan yang tersendiri menyebabkan Maludam selalu dikunjungi oleh pengunjung dalam negara dan dari luar negara. Dengan pernyediaan Homestay di Maludam amat menggalakkan pengunjung untuk datang ke Kampung Maludam kerana dapat menyediakan penginapan yang selesa dengan bayaran yang berpatutan. Terdapat 9 buah Homestay di Maludam dan dipengerusikan oleh Encik Safiee Bin Shibli. Bayaran penginapan Homestay untuk semalam adalah seperti yang tertera dibawah:
Bilik: RM40.00
Minum pagi: RM5.00
Makan Tengah Hari:RM15.00
Minum petang: RM5.00
Makan Malam: RM15.00